BERITA UTAMA

MB pelawa penduduk mohon subsidi yuran bulanan taska RM100

20 Feb 2024, 10:00 AM
MB pelawa penduduk mohon subsidi yuran bulanan taska RM100
MB pelawa penduduk mohon subsidi yuran bulanan taska RM100

SHAH ALAM, 20 FEB: Dato’ Menteri Besar mempelawa ibu bapa yang layak untuk memohon bantuan yuran taska atau pusat penjagaan kanak-kanak sebanyak RM100 sebulan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://asuhpintar.yawas.com.my/ sebelum 15 haribulan setiap bulan.

Beliau menjelaskan inisiatif melalui Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan sistem asuhan yang baik kepada anak-anak.

“Antara fokus Kerajaan Negeri dalam menjaga kepentingan anak-anak kecil di Selangor adalah asuhan anak-anak kecil yang berkualiti dan bermanfaat.

“Melalui Skim Asuh Pintar ibu bapa yang layak akan menerima bantuan RM100 setiap bulan untuk yuran taska atau pusat penjagaan anak-anak berusia empat tahun ke bawah. Bantuan ini dibayar terus ke taska atau nurseri,” katanya menerusi Facebook.

[caption id="attachment_612699" align="alignnone" width="742"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan pembentangan Belanjawan Selangor 2024 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 10 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 mengumumkan bantuan RM100 sebulan kepada ibu bapa yang memiliki anak berusia empat tahun ke bawah untuk yuran ke taska awam atau pusat jagaan kanak-kanak.

Beliau menjelaskan insentif itu diberi kepada golongan berpendapatan rendah (B40) membabitkan dana keseluruhan RM600,000.