SHAH ALAM, 29 OKT: Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) terus ditambah baik bagi memastikan rakyat berpendapatan rendah di negeri ini mendapat akses penjagaan kesihatan.
PUTRAJAYA, 29 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenderaan elektrik (EV) bakal digunakan sebagai kereta rasmi para pemimpin Asean ketika menghadiri acara-acara kenegaraan apabila Malaysia menjadi pengerusi Asean pada 2025.
KUALA LUMPUR, 29 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang akan melanda lapan negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.
KUALA LUMPUR, 28 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum berhubung laporan The Thai Pesticide Alert Network (Thai-PAN) serta beberapa media tempatan berkaitan anggur shine muscat yang mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL).
KUALA LUMPUR, 29 OKT: Subsidi bersasar bagi petroleum RON95 serta pelaksanaan cukai dividen dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 untuk pemegang saham individu antara yang akan dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR, 28 OKT: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan 21 lokasi smart lane atau lorong pintar sepanjang musim perayaan Deepavali bagi memudahkan pergerakan pengguna di kawasan yang telah dikenal pasti mengalami masalah kesesakan trafik kritikal, bermula Rabu ini.
KLANG, 28 OKT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri memperinci mekanisme pelaksanaan kad diskaun bagi membolehkan peniaga Menu Rahmah membeli barangan yang ditawarkan menerusi Jualan Ehsan Rahmah dikelolakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
KUALA LUMPUR, 28 OKT: Sebanyak 66,042 anggota daripada tiga agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal bermula awal bulan depan.
PUTRAJAYA, 28 OKT: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diberikan tanggungjawab untuk mempengerusikan mesyuarat dan menjadi tuan rumah kepada empat persidangan sempena kepengerusian ASEAN 2025, antaranya Sidang Kemuncak Hartanah ASEAN 2025 pada 2-4 Julai tahun depan.
PORT DICKSON, 28 OKT: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa komited memastikan peningkatan pengeluaran dan bekalan makanan khususnya hasil perikanan sentiasa mencukupi terutamanya bagi Monsun Timur Laut pada November hingga Mac 2025.
KUALA LANGAT, 28 OKT: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor hari ini berkenan mencemar duli ke kenduri rakyat di Homestay Anjung Damai, Kampung Sungai Lang Tengah.
MELAKA, 28 OKT: Kementerian Ekonomi sedang memperincikan kumpulan T15 dalam tempoh sebulan dengan kerjasama Kementerian Kewangan, sebelum dibentangkan kepada Kabinet untuk kelulusan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
SHAH ALAM, 28 OKT: Selangor akan mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha hotel dan penggiat industri bagi membincangkan isu berkaitan tempoh penginapan pelanggan.
SHAH ALAM, 28 OKT: Lebih 40,000 individu menyertai Karnival Jelajah Jobcare 2024 yang dianjur di tujuh daerah setakat ini, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.
PUTRAJAYA, 28 OKT: Pelaksanaan fasa kedua inisiatif baucar buku bernilai RM100 kepada penuntut Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bermula 30 Oktober hingga 31 Disember ini akan memanfaatkan lebih sejuta pelajar.
KUALA LUMPUR, 28 OKT: Seorang wanita warga emas yang juga ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 38 hasil penerbitan larangan berkaitan Al-Arqam, bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 28 OKT: Keluarga penghuni penjara termasuk Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney dibenar membuat lawatan sempena sambutan Deepavali pada 2 dan 3 November ini.
SHAH ALAM, 28 OKT: Kutipan hasil Kerajaan Selangor setakat Oktober meningkat RM2.218 bilion berbanding sasaran asal RM2.2 bilion.
SHAH ALAM, 28 OKT: Parlimen Malaysia antara parlimen terawal di dunia menggunakan sistem tenaga solar dalam operasinya.
PUTRAJAYA, 28 OKT: Aliran trafik dijangka meningkat mulai esok dengan jangkaan 2.62 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama menuju pantai timur, utara dan selatan Khamis ini, susulan sambutan Deepavali.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.