SHAH ALAM, 5 NOV: Pertumbuhan ekonomi Malaysia diunjur lebih baik tahun hadapan, didorong pergerakan nilai ringgit dan pasaran saham serta keyakinan pelabur asing.
SHAH ALAM, 5 NOV: Seramai 52,030 pelajar institut pengajian tinggi awam, politeknik, matrikulasi, kolej komuniti dan institut pendidikan guru menerima subsidi pembelian tiket penerbangan FLYSiswa, tahun ini.
KUALA LUMPUR, 5 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan rasa simpati beliau kepada rakyat Sepanyol, yang terkesan akibat banjir besar yang melanda negara itu sejak 29 Oktober lalu.
KUALA LUMPUR, 5 NOV: Kelewatan pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Pantai Timur berpunca daripada masalah pengambilan tanah dan pengalihan semula utiliti, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
SHAH ALAM, 5 NOV: Belanjawan negeri Selangor 2025 akan dibentang Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 15 November ini, jam 3 petang.
KUALA LUMPUR, 5 NOV: Dua lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki merempuh pembahagi lorong tol dalam kejadian di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Seremban, dekat sini, awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 5 NOV: Malaysia berdiri teguh bersama Filipina dan telah memberikan bantuan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan dihadapi penduduk susulan ribut tropika Kristine yang melanda negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM, 5 NOV: Monsun Timur Laut (MTL) atau lebih dikenali musim tengkujuh diramal bermula hari ini dan berterusan sehingga Mac 2025.
KUALA LUMPUR, 5 NOV: Kaedah penentuan golongan T15, usaha pencarian MH370 serta langkah kerajaan dalam menyelesaikan kelewatan projek tebatan banjir antara tumpuan utama persidangan Dewan Rakyat hari ini.
KUANTAN, 4 NOV: Seorang pekerja bengkel besi yang sedang makan di sebuah warung maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah lori merempuh warung tersebut di persimpangan Kampung Seri Damai Baru, Batu 8, Jalan Kuantan-Maran, di sini petang tadi.
KUALA BERANG, 4 NOV: Seorang warga emas mengambil inisiatif membina reban rakit bagi menyelamatkan ayam ternakannya mati dan mengelak mengalami kerugian besar akibat banjir menjelang Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.
KUALA LUMPUR, 4 NOV: Ahli Parlimen hari ini mencadangkan rasionalisasi badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dilaksanakan dengan tegas dan sistematik.
KUALA LUMPUR, 4 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat sebuah perniagaan fesyen dalam talian tempatan dan tiga premis lain hari ini bagi membantu siasatan kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
KUALA LUMPUR, 4 NOV: Ringgit diniagakan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutup urus niaga Isnin menjelang jangkaan pengurangan kadar faedah utama negara maju itu di tengah-tengah ketidaktentuan membabitkan pemilihan presiden AS esok, kata ahli ekonomi.
JEMPOL, 4 NOV: Seorang guru mengalami kerugian RM80,111 selepas diperdaya sindiket penipuan pekerjaan sambilan tidak wujud di sebuah laman sosial baru-baru ini.
KANGAR, 4 NOV: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) dengan memberi tumpuan kepada 4,619 lokasi kerap banjir yang telah dikenal pasti di seluruh negara tahun ini.
KUALA LUMPUR, 4 NOV: Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus kepada pesalah trafik bermula esok hingga Sabtu ini.
KUALA LUMPUR, 4 NOV: Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) Datuk Dr Nooh Gadut diminta untuk memberikan penjelasan dan pencerahan kepada masyarakat berkaitan isu mimpi bertemu Nabi Muhammad SAW.
KUALA LUMPUR, 4 NOV: Semua kenderaan yang dikuasakan dengan gas asli mampat (NGV) tidak lagi dibenarkan untuk didaftar atau dilesenkan untuk kegunaan di jalan raya bermula 1 Julai 2025.
SHAH ALAM, 4 NOV: Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan sentiasa memantau keadaan serta keselamatan Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) di Selatan Lubnan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.