SHAH ALAM, 11 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir, angin kencang melanda Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 9 malam.
KUALA LUMPUR, 11 NOV: Malaysia bersedia menyalurkan bantuan kewangan kepada Lubnan bagi membantu mangsa yang terkesan akibat serangan Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KAHERAH, 11 NOV: Universiti Al-Azhar Al-Sharif bersetuju menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia cemerlang untuk menuntut di universiti itu dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM, 11 NOV: Jumlah tunggakan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) bagi tempoh 2018 hingga 2021 adalah sebanyak RM442 juta.
KUALA LUMPUR, 11 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan beliau dari Lubnan Najib Mikati, dan Putera Mahkota Kuwait Sheikh Sabah Al-Khaled Al-Hamad Al-Mubarak Al-Sabah di Riyadh, Arab Saudi, petang ini.
PUTRAJAYA, 11 NOV: Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara (AGC) Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai Peguam Negara baharu, berkuat kuasa esok.
SHAH ALAM, 11 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir, angin kencang melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang sehingga 6 petang ini.
SHAH ALAM, 11 NOV: Belanjawan Selangor 2025 diharap memberi lebih tumpuan kepada pembangunan Orang Asli terutama aspek pendidikan.
SHAH ALAM, 11 NOV: Penyelesaian berkaitan kadar sewaan tapak dan caj elektrik projek 1BestariNet akan dimuktamad dalam masa terdekat, kata timbalan menteri pendidikan.
KAHERAH, 11 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dasar Ekonomi MADANI yang jelas di bawah pentadbirannya berupaya untuk terus memacu ekonomi Malaysia di peringkat ASEAN dan global.
SHAH ALAM, 11 NOV: Sebuah pusat inovasi kecerdasan buatan (AI) kebangsaan (NAIO) akan dilancar bulan depan bagi mengkaji segala aspek, termasuk cabaran berdepan teknologi itu.
KUALA LUMPUR, 11 NOV: Malaysia dan Mesir mengutuk serangan Israel serta menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan Lubnan untuk mengelakkan krisis kemanusiaan yang lebih parah.
KUANTAN, 11 NOV: Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat susulan Lipis menjadi daerah terbaharu dilanda bencana itu, menurut Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat pukul 9 pagi ini.
SHAH ALAM, 11 NOV: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual membentangkan belanjawan 2025 pada 15 November ini, jam 3 petang.
SHAH ALAM, 11 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga 12 tengah hari.
BATU PAHAT, 11 NOV: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6, Jalan Kangkar Baru Paloh, Yong Peng, kira-kira pukul 10.15 pagi semalam.
KUALA LUMPUR, 11 NOV: Status terkini Projek 1BestariNet dan perancangan pembangunan Pelabuhan Labuan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
KAHERAH, 11 NOV: Anak-anak muda Islam perlu diperlengkapkan dengan ilmu keagamaan, termasuk al-Quran, selain ilmu dalam bidang teknologi, supaya mereka dapat mengintegrasikan nilai-nilai Islam dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI).
KUALA LUMPUR, 10 NOV: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menyalurkan RM119 juta bagi peruntukan khas Selenggara dan Naik Taraf (SNT) kepada 1,553 Institusi Pendidikan Islam (IPI) berdaftar di seluruh negara setakat bulan ini.
SHAH ALAM, 10 NOV: EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han kini menerajui barisan kepimpinan DAP Selangor selepas dipilih sebagai pengerusi baharu parti itu bagi penggal 2024-2027.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.