SHAH ALAM, 12 NOV: Malaysia menghantar lebih 5,000 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui sempadan Rafah memanfaatkan jutaan rakyat Palestin dari Oktober 2023 hingga kini, maklum timbalan menteri luar negeri.
KUALA LUMPUR, 12 NOV: Pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa di mahkamah kerana mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas bakal berdepan hukuman termasuk diberhentikan pengajian dan membayar balik semua wang tajaan.
SHAH ALAM, 12 NOV: Kaedah harga dua peringkat dikenal pasti mekanisme terbaik dalam pelaksanaan subsidi minyak RON95 berbanding kaedah levi dan tunai, kata menteri ekonomi.
KUALA LUMPUR, 12 NOV: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan Kementerian Pertahanan memberi perhatian serius terhadap kes buli yang telah beberapa kali dilaporkan berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
SHAH ALAM, 12 NOV: Kerajaan persekutuan komited memastikan pelaksanaan mekanisme subsidi RON95 yang akan dikuat kuasa pertengahan tahun hadapan tidak membebankan rakyat.
SHAH ALAM, 12 NOV: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual membentang belanjawan negeri 2025 pada 15 November ini, jam 3 petang.
SHAH ALAM, 12 NOV: Sebanyak lima kenderaan terperangkap dalam banjir kilat berhampiran Persiaran Surian Damansara - Taman Pelangi Damansara Petaling Jaya.
KUALA LUMPUR, 12 NOV: Malaysia bersedia menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Pertama antara Malaysia dan Arab Saudi di peringkat Menteri Luar bagi membincangkan kerjasama lebih mendalam antara kedua-dua negara.
SHAH ALAM, 12 NOV: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 akan berlangsung pada 27 November hingga 3 Disember di Pusat Konvensyen Setia City, di sini.
KUALA LUMPUR, 12 NOV: Mekanisme penggunaan kad pengenalan untuk pengesahan kelayakan penerimaan subsidi RON95 yang terdedah kepada masalah antaranya kerosakan cip kad pengenalan, menjadi antara isu tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR, 11 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru masyarakat dunia untuk membina kesepakatan bagi menggantung atau menyingkirkan Israel daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
KUALA LUMPUR, 11 NOV: Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.
SHAH ALAM, 11 NOV: Selangor menerima pelaburan sebanyak RM440 juta daripada syarikat pengeluar keluli antara terbesar dunia, Pohang Iron & Steel Company (POSCO) sejak beroperasi pada 2008.
KUALA PILAH, 11 NOV: Lapan pelajar sebuah sekolah agama swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap tiga pelajar lain di Rembau, bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 11 NOV: Seramai 14,937 penerima bantuan kebajikan di seluruh negara telah mampu berdikari dan tidak lagi memerlukan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.
KUALA LANGAT, 11 NOV: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mencadangkan supaya projek pembinaan dan naik taraf jalan Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang menggunakan bahan turapan lebih kukuh atau berdaya tahan.
KUALA LUMPUR, 11 NOV: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak lagi relevan untuk dilaksanakan dalam pentaksiran pendidikan murid sekolah, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
SHAH ALAM, 11 NOV: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di empat lagi tempat, esok.
SHAH ALAM, 11 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir, angin kencang melanda Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 9 malam.
KUALA LUMPUR, 11 NOV: Malaysia bersedia menyalurkan bantuan kewangan kepada Lubnan bagi membantu mangsa yang terkesan akibat serangan Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.