KUALA TERENGGANU, 28 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan program beliau di Tasik Kenyir, Terengganu, yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini, untuk memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat yang berdepan bencana banjir.
PUTRAJAYA, 28 NOV: Tujuh stesen pemancar dan 42 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) terjejas susulan banjir yang sedang melanda di Kelantan dan Terengganu, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
PUTRAJAYA, 28 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan kertas siasatan berhubung pelaburan beberapa entiti kerajaan dalam syarikat pengendali platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).
SHAH ALAM, 28 NOV: Kerajaan Selangor menyediakan program rehabilitasi kepada bekas GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) selaras keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata EXCO agama.
PUTRAJAYA, 28 NOV: Keselamatan sempadan negara berada pada tahap tertinggi walaupun beberapa negeri sedang dilanda banjir, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
IPOH, 28 NOV: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak akan menghantar tiga pasukan ke Pantai Timur bagi membantu operasi banjir.
SHAH ALAM, 28 NOV: Kematian pelajar pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 13 Nov lepas dikenal pasti kerana kegagalan organ akibat strok haba.
KUALA LUMPUR, 28 NOV: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perkhidmatan tren KTM Intercity di laluan Pantai Timur terjejas akibat banjir dan kejadian tanah mendap di beberapa kawasan yang turut menjejaskan operasi tren penumpang.
PUTRAJAYA, 28 NOV: Malaysia menyambut baik perjanjian gencatan senjata di Lubnan, menekankan perkembangan positif itu sebagai langkah pertama yang penting ke arah meredakan ketegangan serta mengembalikan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah.
KUALA LUMPUR, 28 NOV: Kerajaan menggunakan sistem pajakan dalam perolehan helikopter untuk kegunaan agensi kerajaan dan pasukan keselamatan kerana kaedah itu lebih telus, dan bagi mengelakkan beban kewangan kepada negara.
KUALA LUMPUR, 28 NOV: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini, menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.
JASIN, 28 NOV: Lapan individu terdiri daripada tiga pasangan suami isteri dan dua lelaki ditahan kerana dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham, dalam serbuan berasingan di empat buah rumah di sini, tengah malam tadi.
PUTRAJAYA, 28 NOV: Kerajaan hari ini mengumumkan pembukaan semula pendaftaran bagi program rehabilitasi sukarela kepada ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
SHAH ALAM, 28 NOV: Bekas gabenor Bank Negara Malaysia bakal menyampaikan syarahan perdana dalam Dialog Shah Alam di Universiti Industri Selangor (Unisel) pada 5 Disember.
KUALA LUMPUR, 28 NOV: Jumlah mangsa banjir terutama di dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan mendadak pagi ini.
KOTA BHARU, 28 NOV: Kasih seorang anak mendorong seorang pemuda berikhtiar mencari tangki air polietilena untuk digunakan mengangkut ibunya yang menghidap asma selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir di Kampung Sri Kulim, Melor, di sini semalam.
KUALA KRAI, 27 NOV: Jenazah warga emas dari Taman Sri Nal di sini terpaksa dibawa menggunakan bot Angkatan Pertahanan Awam (APM) sejauh satu kilometer untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Jong petang tadi berikutan kawasan penempatan itu dilanda banjir sejak semalam.
SHAH ALAM, 27 NOV: Selangor menjadi negeri pertama melancarkan Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor sebagai persediaan menghadapi situasi negeri menua apabila 8.1 peratus daripada penduduknya berumur 65 tahun ke atas.
SHAH ALAM, 27 NOV: Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) yang menghimpunkan empat ekspo merupakan langkah negeri dalam memperkasa pembelajaran sepanjang hayat.
KUALA LUMPUR, 27 NOV: Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu terus memburuk dengan jumlah mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat mendadak, selain meragut dua nyawa, setakat 4 petang ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.