BUTTERWORTH, 29 OKT: Seorang pengawal keselamatan dan penjaga stor masing-masing hari ini didakwa di dua mahkamah sesyen di sini atas dua pertuduhan memiliki item berkaitan dengan pengganas Kumpulan Barisan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
ALOR GAJAH, 29 OKT: Seorang ketua pegawai perbadanan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki item-item yang berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE.
KUALA LUMPUR, 29 OKT: Seorang pengutip besi buruk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan memiliki item-item berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE.
SEPANG, 29 OKT: Seorang guru sekolah menengah kebangsaan di Telok Panglima Garang, Selangor didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, di sini, hari ini, kerana memiliki barangan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembeban Tamil Eelam (LTTE).
SEGAMAT, 29 OKT: Seorang penghantar surat didakwa di Mahkamah Sesyen Segamat, hari ini, atas pertuduhan memiliki item berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE, awal bulan ini.
KUALA LUMPUR, 25 OKT: Kesemua 12 individu yang ditahan kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dibenar bertemu ahli keluarga pada sambutan perayaan Deepavali ini.
TAWAU, 25 OKT: Seorang bekas guru besar hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan salah guna kuasa, membabitkan projek pembekalan makanan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) bernilai RM45,961 kepada syarikat milik isteri dan anaknya.
KUALA LUMPUR, 24 OKT: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bodoh membayar AS$1 bilion untuk memperoleh 40 peratus pegangan ekuiti dalam usahasama (JV) 1MDB dan Petro Saudi Holdings (Cayman) Ltd manakala PetroSaudi International Ltd (PSI) hanya menyuntik US$108 juta untuk mendapatkan 60 peratus syer.
KUALA LUMPUR, 24 OKT: Bekas Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, bahawa beliau memberi wang suapan berjumlah RM3.09 juta kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selepas menerima `salam' daripada bekas Pengerusi Felda itu.
KUALA LUMPUR, 23 OKT: Seorang peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, bahawa tiada keperluan untuk membuat laporan berhubung pindahan RM42 juta ke dalam akaun anak guamnya itu oleh kerana agensi-agensi relevan telah pun memulakan siasatan tentang perkara itu.
KUANTAN, 23 OKT: Seorang majistret hari ini direman lima hari, bagi membantu siasatan kes menerima rasuah sebagai balasan untuk tidak mengenakan hukuman penjara terhadap suspek kes penyeludupan rokok.
GEORGE TOWN, 21 OKT: Polis menjumpai dua butir bom tangan dan lebih 600 butir peluru pelbagai jenis di dalam sebuah stor pili bomba di pangsapuri Taman Sinar Bukit Dumbar, di sini, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 20 OKT: Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy akan dipanggil ke Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan berhubung satu laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan satu artikel disiarkan sebuah portal berita, bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 20 OKT: Sembilan anggota polis ditahan dalam serbuan di dua buah pusat hiburan di ibu negara, semalam.
PETALING JAYA, 18 OKT: Seorang wanita ditahan dalam cubaan menyeludup 6.13 kilogram dadah disyaki heroin dianggarkan bernilai RM953,529 yang disembunyikan dalam durian sejuk beku di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor, pada Isnin lalu.
KUALA LUMPUR, 17 OKT: Datuk Seri Najib Tun Razak diletakkan sebagai ‘Maharaja 1MDB’ kerana bekas perdana menteri itu mempunyai kuasa mutlak dalam syarikat itu, demikian Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, hari ini.
KUALA LUMPUR, 17 OKT: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu perubahan kuasa membuat keputusan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Perdana Menteri dalam Memorandum dan Artikel (M&A) Pertubuhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dicadangkan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau Jho Low, seperti yang dikehendaki oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
GEORGE TOWN, 17 OKT: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 20 November ini untuk keputusan permohonan notis usul yang difailkan enam individu, termasuk seorang penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), berhubung persoalan undang-undang berkaitan pertuduhan terhadap mereka.
IPOH, 17 OKT: Polis menahan seorang pemandu e-hailing dipercayai pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM753,295 dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Kampung Simee di sini, semalam.
KUALA LUMPUR, 15 OKT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 20 maklumat berhubung rasuah melibatkan Jabatan Kehakiman daripada awal Januari sehingga Ogos tahun ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.