AGENDA

Bayi tujuh bulan rentung, kereta dinaiki bersama ibu bapa terbakar kemalangan

27 Nov 2023, 4:49 AM
Bayi tujuh bulan rentung, kereta dinaiki bersama ibu bapa terbakar kemalangan

KOTA BHARU, 27 NOV: Bayi perempuan berusia tujuh bulan maut dalam kemalangan kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pagi tadi.

Kejadian berlaku selepas kenderaan dinaiki bayi itu bersama ibu bapanya melanggar tiang lampu sebelum terbakar.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd Fadzil Musa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.04 pagi dan anggota BBP Kuala Krai serta BBP Sungai Durian bergegas ke lokasi.

"Kemalangan itu melibatkan kereta Honda Jazz yang terbabas dan melanggar tiang lampu sebelum terbakar.

"Terdapat tiga mangsa iaitu lelaki dewasa melecur seluruh tubuh, wanita cedera dan bayi itu ditemui rentung dalam kereta akibat terperangkap," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya mangsa yang cedera diserahkan kepada hospital manakala bayi itu kepada polis.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.