KEPALA BATAS, 9 APRIL: Lima lelaki yang berkumpul tanpa alasan yang munasabah di Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga di sini, pada Rabu masing-masing dikompaun RM1,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
SHAH ALAM, 9 APRIL: Seorang pekerja penghantar makanan dipercayai dijadikan sindiket menghantar dadah yang disorokkan dalam bungkusan coklat, kata ketua polis daerah Klang Selatan.
KUANTAN, 8 APRIL: Hasrat seorang peniaga untuk menjual penutup hidung dan mulut bukan sahaja tidak kesampaian, malah mendakwa modal berjumlah RM24,000 lesap, akibat diperdayakan penjual barangan itu di laman sosial.
KUANTAN, 7 APRIL: Seorang guru wanita membuat laporan polis dan mendakwa kerugian RM5,992 selepas diperdayakan dalam urusan pembelian penutup hidung dan mulut serta sarung tangan getah di laman sosial Facebook, awal bulan ini.
SHAH ALAM, 5 APRIL: Seramai 974 individu di negeri ini ditahan kerana melanggar arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu, kata jurucakap polis Op Covid-19 Selangor.
LANGKAWI, 4 APRIL: Tindakan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menghina polis di Facebook mengundang padah apabila ditahan di sini semalam.
KUANTAN, 30 MAC: Seorang pekerja syarikat pembersihan ditahan kerana disyaki mencuri 30 kotak topeng yang setiap satu berisi 50 keping, semuanya bernilai kira-kira RM3,000 milik Hospital Kuala Lipis.
KAJANG, 27 MAC: Tindakan seorang lelaki yang menunggang motosikal tanpa sebarang tujuan dan cuba meloloskan diri, dalam sekatan jalan raya Ops Covid-19 di Jalan Hulu Langat di sini membawa padah, apabila dia dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
SHAH ALAM, 26 MAC: Khidmat 3,000 pesara pakar perubatan dan jururawat bakal menguatkan barisan hadapan merawat pesakit Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM,26 MAC: Polis tahan tujuh lelaki yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKR) sekitar Bestari Jaya, malam tadi.
ALOR SETAR, 25 MAC: Lelaki yang merakam video ‘kenduri kepala kambing’ sambil mempersendakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kejadian di Langgar, Mukim Telaga Mas, Pokok Sena di sini minggu lalu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 25 MAC: Kadar indeks jenayah menurun 70 peratus di seluruh negara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula berkuat kuasa 18 Mac lalu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
KUALA LUMPUR, 24 MAC: Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion, akan disambung semula pada 1 April.
ALOR SETAR, 15 MAC: Ditawarkan wang segera RM100 hingga RM300 sekiranya memberikan kad pengenalan untuk membuka akaun e-dompet dan ia merupakan antara taktik baharu sindiket penipuan (scammer) yang berjaya dikesan di Kedah, sejak Januari lalu.
KUALA LUMPUR, 11 MAC: Selepas memanggil 19 saksi pada perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta yang mengambil masa 33 hari di Mahkamah Tinggi di sini, pihak pembelaan menutup kesnya hari ini.
KUALA LUMPUR, 11 MAC: Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa wang yang masuk ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak semestinya merupakan suatu kesalahan kecuali ia dibuat dengan niat dan pengetahuan.
KUALA LUMPUR, 10 MAC: Dua belas pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
KUALA LUMPUR, 10 MAC: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyediakan cadangan pertuduhan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan pada 2015.
KUALA LUMPUR, 10 MAC: Seorang penolong pengurus bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin telah mengeluarkan wang berjumlah RM6.5 juta daripada akaun bank miliknya melalui dua transaksi pada 2016 dan 2017.
KUALA LUMPUR, 10 MAC: Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Mac ini untuk mendengar permohonan pihak pendakwaan bagi menggantung pelaksanaan perintah mahkamah yang menolak permohonannya untuk melucut hak wang RM194 juta yang disita daripada Umno, Wanita MCA dan dua syarikat, Binsabi Sdn Bhd dan Perano Sdn Bhd.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.