ALOR SETAR, 29 APRIL: Sebanyak 13 pelajar tingkatan empat sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Langkawi yang ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pelajar lelaki dipukul beberapa pelajar lain dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
BUKIT KAYU HITAM, 29 APRIL: Polis akan mengeluarkan nama dan gambar baki 61 tahanan etnik Rohingya yang masih lolos selepas melarikan diri daripada Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu pada 20 April lepas.
ALOR SETAR, 29 APRIL: Polis menahan satu pasangan suami isteri yang disyaki terlibat mendera dua beradik di Jalan Sungai Petani, dekat sini, semalam.
KUALA LUMPUR, 26 APRIL: Polis menerima 22 laporan kes penipuan jualan pakaian dan kelengkapan bagi sambutan hari raya dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini melibatkan kerugian RM19,773.
KOTA TINGGI, 26 APRIL: Seorang pemandu lori dihukum penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap empat ahli keluarganya dengan menggunakan parang panjang.
KUALA LUMPUR, 26 APRIL: Seorang lelaki warga Kanada didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan sebuah pasar raya dan tidak memakai pelitup muka, dua minggu lepas.
KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Polis menahan empat lelaki termasuk seorang jurulatih renang yang disyaki mendalangi sindiket penyeludupan dan pengedaran syabu, dalam serbuan di Selangor dan Johor pada 22 dan 23 April lepas.
SHAH ALAM, 23 APRIL: Polis Selangor mengesahkan dua individu dalam sebuah video yang tular mendakwa pihaknya melakukan kekerasan semasa proses tangkapan ke atas seorang lelaki adalah anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) itu.
SEREMBAN, 23 APRIL: Kes Macau Scam di Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan dengan 144 kertas siasatan dibuka melibatkan kerugian kira-kira RM4.56 juta bagi tempoh Januari hingga 21 April lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani.
SEREMBAN, 22 APRIL: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun diselamatkan Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis daripada terus menjadi mangsa dera ibu tirinya di sebuah rumah di Sikamat, dekat sini, Isnin lepas.
SEREMBAN, 22 APRIL: Seorang guru dari Jempol mendakwa kerugian RM45,500 selepas terpedaya dengan pelaburan yang ditawarkan menerusi aplikasi Telegram, Ahad lepas.
KOTA TINGGI, 20 APRIL: Seorang lelaki yang diburu selepas disyaki menetak empat ahli keluarganya menggunakan parang di sebuah rumah di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili, di sini, Khamis lepas akhirnya ditangkap polis.
KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Seorang penyanyi lelaki ditahan polis kerana dikatakan memukul dan menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya selepas berlaku perselisihan faham di Kota Damansara, semalam.
KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Seorang anggota polis meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis jip di Jalan Kampong Sri Cheeding, Jenjarom, petang semalam.
KUALA LUMPUR 16 APRIL: Seorang pemandu e-panggilan nyaris maut akibat dikelar lehernya oleh seorang remaja perempuan di Jalan Kovil Hilir, Jalan Ipoh, di sini.
SEPANG, 16 APRIL: Tiga lelaki warga Indonesia termasuk seorang pemastautin tetap ditahan di Padang Jawa, Shah Alam awal pagi ini bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan seorang lelaki warga Bangladesh yang mayatnya ditemukan di tepi Jalan Sepang-Salak di sini semalam (15 April).
KOTA TINGGI, 16 APRIL: Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki menetak empat ahli keluarganya menggunakan parang ketika waktu berbuka puasa di sebuah rumah di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili, di sini, Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 15 APRIL: Polis hari ini menjelaskan video tular membabitkan sekumpulan penunggang basikal lajak yang menunggang secara berbahaya di Facebook ‘We are Malaysians’, semalam, merupakan video lama.
KLANG, 14 APRIL: Seorang penjaga spa mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan hari ini atas dua pertuduhan, membabitkan pengabaian kanak-kanak di bawah peliharaannya dan menyembunyikan kelahiran secara rahsia dengan membuang mayat seorang bayi pada minggu lepas.
KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Polis menahan lapan warga asing yang disyaki terlibat dalam kes seluk saku, selepas mereka menggunakan dua kad kredit hasil kegiatan itu untuk membeli pelbagai barangan bernilai RM37,000 di Jalan Ampang, di sini, Ahad lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.