SHAH ALAM, 27 MEI: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat semalam, kerana gagal membayar kompaun parkir.
PUTRAJAYA, 26 MEI: Seorang lelaki pedofilia perlu menjalani hukuman penjara 20 tahun dan 19 sebatan kerana melakukan amang seksual terhadap 12 kanak-kanak perempuan dan menghasilkan pornografi.
KOTA BHARU, 26 MEI: Seorang wanita cedera parah selepas ditikam menggunakan sebilah pisau oleh anak lelakinya yang berusia 14 tahun di rumahnya dekat Bukit Yong, Pasir Puteh, semalam.
PASIR MAS, 23 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan operasi dan siasatan bagi mengenal pasti dalang utama sindiket pengedaran dadah antarabangsa menerusi beberapa siri Op Tapis yang akan diteruskan lagi.
KUALA LUMPUR, 22 MEI: Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, pagi tadi.
IPOH, 22 MEI: Pembantu khas kepada seorang wakil rakyat maut, selepas terjatuh dari basikal dinaikinya ketika menuruni cerun di kawasan Jalan Simpang Pulai, petang tadi.
SHAH ALAM, 22 MEI: Polis Selangor menyifatkan jenayah penipuan Macau Scam di negeri itu berada di tahap membimbangkan dengan 156 kes dicatat melibatkan kerugian RM19.8 juta dalam tempoh Januari hingga April tahun ini.
KUALA LUMPUR, 22 MEI: Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan polis kerana disyaki menyebarkan berita palsu mendakwa terlihat kelibat harimau yang dikatakan terlepas dari Zoo Negara.
KUALA LUMPUR, 22 MEI: Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki memiliki dadah dan air ketum di perkarangan Dewan Beringin, Taman Sri Gombak di sini, Jumaat lalu.
KUALA LUMPUR, 22 MEI: Seorang jurulatih wushu ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada 11 Mei lepas.
SHAH ALAM, 21 MEI: Tindakan empat lelaki termasuk dua warga asing yang menyeleweng 8,355 liter diesel bersubsidi akhirnya memakan diri apabila dihadapkan ke mahkamah semalam.
KUALA LUMPUR, 21 MEI: Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita disyaki terlibat dalam kegiatan memproses dan mengedar air ketum di Kajang, dekat sini.
KUALA LUMPUR, 21 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan operasi dan serbuan untuk memburu ketua-ketua sindiket dadah di negara ini.
KUALA LUMPUR, 20 MEI: Sebanyak 43,929 barangan tiruan pelbagai jenama bernilai RM1,072,750 disita di empat stor di sebuah pusat pemborong terkemuka di Jalan Kenanga di sini dalam operasi membanteras penjualan barang tiruan, Selasa lepas.
KUALA LUMPUR, 19 MEI: Polis menahan lima sekawan termasuk seorang remaja perempuan masih bersekolah yang disyaki terlibat dengan kegiatan mengedar dadah sejak tahun lepas di sekitar Lembah Klang, dalam tiga serbuan sejak dua hari lepas.
SEREMBAN, 19 MEI: Seorang pembantu tadbir di Port Dickson mendakwa kerugian RM38,480 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak syarikat kurier dan pegawai polis pada 15 Mei lepas.
PUTRAJAYA, 18 MEI: Aktiviti mencuri kabel bumi tembaga di pusat membeli-belah Alamanda di sini berjaya ditumpaskan dengan penahanan empat lelaki tempatan termasuk bekas pengawal keselamatan premis tersebut.
PUTRAJAYA, 17 MEI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merekodkan sejumlah 340 kes melibatkan aktiviti jenayah maritim dari Januari hingga April lepas.
Oleh Mohd Firdaus Saisi KUALA LUMPUR, 15 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima puluhan ribu alamat protokol internet (IP) yang disyaki berkongsi kandungan lucah kanak-kanak di internet daripada pihak berkuasa antarabangsa sejak enam tahun lepas. Bagaimanapun akibat kekurangan tenaga...
KUALA LUMPUR, 14 MEI: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan disyaki terlibat dengan sindiket menjual dan membeli minyak sawit keladak (minyak masak terpakai), yang melanggar syarat permit yang ditetapkan dalam serbuan di Sungai Buloh pada Khamis.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.