ad
AGENDA

Lima individu dirakam keterangan bantu kes kehilangan Siti Dhia Batrisyia

16 Mac 2024, 8:00 AM
Lima individu dirakam keterangan bantu kes kehilangan Siti Dhia Batrisyia

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Lima individu dirakam percakapan hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata mereka yang dipanggil merupakan ahli keluarga dan beberapa rakan Siti Dhia Batrisyia.

“Kanak-kanak itu belum lagi ditemukan dan pencarian sedang diteruskan,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, ibu kepada Siti Dhia Batrisyia percaya anak perempuannya bertindak keluar dari rumah di Pudu, di sini disebabkan perselisihan faham.

Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, berkata kali terakhir dia bersama anaknya itu pada 4 petang Selasa di kediaman mereka.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.