JASIN, 31 JAN: Polis berjaya menahan seorang banduan yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin sejak enam hari lalu di sekitar kawasan Alor Gajah malam tadi.
KUALA LUMPUR, 31 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 904 individu di seluruh negara menerusi Op Limau kerana disyaki terlibat dalam perjudian dengan jumlah rampasan dianggar bernilai RM513,793.
PUTRAJAYA, 29 JAN: Tindakan seorang buruh warga Bangladesh menyogok anggota polis RM100 untuk melepaskan diri, membawa padah apabila dia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam.
MELAKA, 28 JAN: Polis menahan seorang wanita disyaki melarikan wang perniagaan milik suaminya berjumlah RM520,000 dalam satu serbuan di Taman Merdeka, Batu Berendam, di sini pada Rabu lepas.
KUANTAN, 26 JAN: Seorang guru wanita mendakwa wang pencen arwah suaminya berjumlah RM233,480 lesap selepas dirinya diperdayakan sindiket Macau Scam, sejak dua minggu lepas.
MARANG, 26 JAN: Seorang pesara direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di kawasan semak di tepi jalan Kampung Alor Gali menghala ke Wakaf Tapai di sini, Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 26 JAN: Siti Bainun Ahd Razali yang berdepan pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella, hari ini diarahkan memberi keterangan membela diri meskipun pengasas Rumah Bonda itu tidak diwakili peguam.
IPOH, 25 JAN: Dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan pada 2020.
KUALA TERENGGANU, 24 JAN: Polis percaya pertubuhan haram Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) yang digempur dalam operasi khas Op Selendang di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu pada Khamis hingga Sabtu lalu, terlibat dalam aktiviti keganasan dan gangsterism.
SEREMBAN, 24 JAN: Seorang penjenayah terlena di rumah yang dicerobohi dipercayai gara-gara mabuk selepas minum minuman keras milik penghuni rumah berkenaan dalam satu kejadian di Taman Tanjung, Bahau, Jempol, semalam.
KUALA LUMPUR, 23 JAN: Polis menahan sepasang kekasih disyaki merosakkan sebuah kenderaan di Taman Lembah Maju, Pandan Indah, di sini, semalam.
KOTA BHARU, 23 JAN: Polis menahan 16 individu kerana penyalahgunaan dadah sepanjang tiga hari Op Selamat 19 dilaksanakan di jajahan Machang pada 19 hingga 21 Jan lepas.
KUALA LUMPUR, 22 JAN: Polis Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki dipercayai pembuli jalanan di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, Kepong di sini.
JOHOR BAHRU, 22 JAN: Polis Johor menahan 78 individu termasuk seorang lelaki warga asing yang dikenali sebagai ‘doktor’, dipercayai menjadi pembekal dadah ke pusat-pusat hiburan dalam satu operasi khas di daerah Batu Pahat dan Kluang, pagi semalam.
KUALA LUMPUR, 22 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 120 individu disyaki terlibat kegiatan perjudian haram dan merampas wang tunai dianggarkan bernilai RM92,481 dalam Op Limau sempena Tahun Baharu Cina.
LABUAN, 21 JAN: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang bercuti bersama keluarganya ditemukan lemas di dalam kolam renang sebuah vila di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 21 JAN: Polis menahan suami isteri di Taman Tasek Tambahan, Ampang petang semalam disyaki terlibat dengan tujuh kes curi barang dalam kenderaan sekitar Ampang Jaya.
KUANTAN, 21 JAN: Seorang penolong pegawai pertanian mendakwa kerugian RM215,100 akibat diperdayakan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai insurans dan polis, pada November tahun lepas.
SEPANG, 20 JAN: Seorang ibu muda didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak kandungnya berumur setahun enam bulan di Cyberjaya, minggu lepas.
BUKIT MERTAJAM, 20 JAN: Seorang jurutera sebuah kilang kerugian lebih RM2.9 juta selepas menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa wanita itu terlibat dalam kegiatan jenayah dalam kejadian di George Town, dekat sini, baru-baru ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.