ad
AGENDA

Juruteknik pukul isteri di hotel Port Dickson direman empat hari

21 Jun 2024, 9:11 AM
Juruteknik pukul isteri di hotel Port Dickson direman empat hari

PORT DICKSON, 21 JUN: Seorang juruteknik yang didakwa memukul isterinya di sebuah hotel di sini sepertimana tular dalam sebuah video di media sosial, direman empat hari mulai hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani di Mahkamah Majistret Port Dickson selepas membenarkan permohonan polis.

Media melaporkan lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Mahkamah Syariah Bangi tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed dilapor berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada mangsa dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.