KUALA LUMPUR, 8 JUN: Seorang pemain bola sepak Liga Super ditahan semalam selepas dipercayai menyebabkan kecederaan terhadap teman wanitanya, selepas berselisih faham di dalam sebuah bilik hotel di Petaling Jaya.
KUALA LUMPUR, 8 JUN: Polis menembak mati dua lelaki berusia lingkungan 30-an yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah di Taman Supreme, Cheras dekat sini, awal pagi tadi.
IPOH, 8 JUN: Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.
SHAH ALAM, 7 JUN: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan secara dalam talian hasil serbuan ke atas sebuah premis yang digunakan sebagai pusat panggilan di Taman Semanja, Kajang semalam.
JOHOR BAHRU, 7 JUN: Seorang peniaga baju mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 10 pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik berbaur penghinaan terhadap agama Islam, Allah dan Nabi menerusi akaun Facebook, akhir April lepas.
KUALA LUMPUR, 7 JUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Polis Thailand bagi mengesan rakyat Malaysia, Chong Sum Yee, 22, yang hilang di Chiang Mai, Thailand sejak 1 Jun lepas.
KUANTAN, 6 JUN: Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman mengesahkan seorang Ketua Polis Daerah di negeri itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
IPOH, 6 JUN: Lelaki yang bertindak mengasari pemandu wanita semasa dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah yang videonya tular di media sosial berjaya dikesan polis di sekitar Serdang, Selangor hari ini.
Oleh Linda Khoo Hui Li BANGKOK, 6 JUN: Polis Thailand melancarkan operasi mencari wanita Malaysia berusia 22 tahun yang kali terakhir dilihat di daerah Mae Sai, wilayah Chiang Rai. Chong Sum Yee, 22 tahun, berlepas ke Chiang Mai pada 29 Mei lalu dan melakukan perjalanan sejauh 250 kilometer...
ALOR SETAR, 6 JUN: Mayat dua beradik lelaki yang dikhuatiri lemas selepas perahu dinaiki mereka dipukul ribut di perairan Kuala Sala dekat sini awal pagi tadi, dijumpai petang ini.
KUCHING, 6 JUN: Jurujual di sebuah syarikat telekomunikasi membuat laporan polis semalam apabila mengalami kerugian RM524,800 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan wang April lalu.
TANJUNG MALIM, 6 JUN: Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Bernam berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Sabtu lalu ditemukan tengah hari tadi.
SHAH ALAM, 5 JUN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 15 sentimeter di kediaman keluarganya di Taman Seri, Sungai Besar, Sabak Bernam, petang tadi.
KUALA LUMPUR, 5 JUN: Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mendedahkan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin baru-baru ini menerima ugutan jenayah dalam bentuk enam keping 'duit mayat' dan sekeping nota amaran.
JOHOR BAHRU, 5 JUN: Polis sedang mengesan tiga lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota pasukan keselamatan itu yang mengejar sebuah kenderaan di Kilometer 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur keluar Sedenak di Kulai seperti ditularkan di media sosial hari ini.
SIBU, 5 JUN: Lima orang termasuk kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan seorang warga emas, maut dalam kemalangan jalan raya di KM64, Jalan Sibu-Bintulu dekat sini, hari ini.
SHAH ALAM, 5 JUN: Polis menahan tiga remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pukul individu dipercayai gelandangan menggunakan besi pemukul besbol di bawah jambatan sekitar Pelabuhan Klang, dekat sini, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 5 JUN: Pemandu kereta yang disiasat merempuh enam penunggang motosikal ketika berteduh di bawah jejambat di KM19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan dekat Petaling Jaya semalam, telah dibebaskan dengan jaminan polis.
PUTRAJAYA, 4 JUN: Dua kanak-kanak perempuan lemas manakala seorang lelaki berusia lingkungan 30-an hilang ketika mandi di Pantai Bagan Lalang, Selangor, hari ini.
KUALA LUMPUR, 4 JUN: Tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan ketika mereka sedang berteduh dari hujan di bawah jejambat di Kilometer (KM) 19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan dekat Petaling Jaya, pagi tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.