KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 240 kertas siasatan dengan 15 tangkapan berkaitan pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dari 27 Julai hingga semalam.
GUA MUSANG, 13 OGOS: Dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki terbabas di Kilometer (KM) 73 Jalan Gua Musang-Lojing, di sini tengah malam tadi.
SHAH ALAM, 10 OGOS: Polis menahan 101 individu warga tempatan termasuk 36 wanita, dipercayai anggota sindiket penipuan pelaburan dalam talian menggunakan khidmat panggilan, di dua lot premis perniagaan USJ 1, Subang Jaya, 7 Ogos lalu.
KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Polis percaya berjaya menyelesaikan empat kes pecah rumah di sekitar Petaling Jaya melibatkan kerugian RM24,800 dengan penahanan dua lelaki dan seorang wanita pada 1 Ogos lepas.
SHAH ALAM, 9 OGOS: Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menghadiri seminar pembangunan modal insan dan sahsiah diri peringkat negeri di Ideal Convention Centre (IDCC) di sini hari ini.
JOHOR BAHRU, 9 OGOS: Wanita berusia 29 tahun meninggal dunia selepas dipercayai membuat rawatan di sebuah pusat kecantikan di Mutiara Rini, Iskandar Puteri, Rabu lalu.
KAJANG, 8 OGOS: Seorang suri rumah yang klip video perbuatannya tular di media sosial didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memukul seorang penuntut kolej swasta dan merosakkan telefon bimbit milik pelajar itu di Sungai Long, di sini minggu lepas.
IPOH, 8 OGOS: Seorang ibu dan teman lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganiaya anak lelaki wanita itu yang berusia empat tahun di sebuah pangsapuri di sini, minggu lepas.
KUANTAN, 8 OGOS: Wanita mendakwa kerugian RM118,767.49 selepas terpedaya dengan sindiket tawaran kerja sambilan yang menjerat mangsa dengan menawarkan gaji tinggi secara dalam talian.
KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Polis terpaksa melepaskan sembilan das tembakan ke arah sebuah kereta jenis Proton Wira dinaiki dua lelaki selepas mereka enggan memberhentikan kenderaan apabila diarah berbuat demikian oleh anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) di Jalan Kepong di sini pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Gara-gara tidak berpuas hati bekas suaminya mengelak daripada membayar hutang sebanyak RM87,000, seorang wanita bertindak menumbuk dan menendang lelaki itu di sebuah rumah di Bukit Indah, Ampang, petang semalam.
KOTA BHARU, 6 OGOS: Tiga beranak maut selepas kenderaan dinaiki dihempap pokok dalam kejadian berdekatan Kampung Bukit Cina, Kok Lanas di sini malam tadi.
SEREMBAN, 5 OGOS: Polis menahan seorang lelaki disyaki membunuh bapanya dalam satu pergaduhan di hadapan rumah di Taman D’Ambang Kota, Lukut, Port Dickson, pada 1.20 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Cubaan sekumpulan warga asing menggunakan pelbagai taktik untuk mengelakkan diri daripada ditahan Jabatan Imigresen (JIM) termasuk bersembunyi di dalam tong sampah dan almari, tidak berhasil apabila ditahan dalam operasi di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Cheras awal pagi tadi.
PUTRAJAYA, 4 OGOS: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menghulurkan bantuan bersesuaian seperti pemeliharaan dan perlindungan kepada bayi dihempas ke lantai dan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dicampak dari tingkat satu di sebuah pangsapuri di Pulau Pinang, Rabu lalu.
IPOH, 3 OGOS: Rayuan sayu seorang kanak-kanak berusia empat tahun di sebalik jeriji berkunci rumahnya untuk meminta makanan dari orang ramai, membongkar kisah beliau menjadi mangsa dera ibu dan teman lelaki wanita itu.
SUNGAI BESAR, 3 OGOS: Peguam yang mewakili seorang lelaki yang dituduh membunuh wanita hamil di Jalan Sungai Limau di sini, memohon supaya anak guamnya dirujuk ke hospital psikiatri.
SEREMBAN, 3 OGOS: Dua wanita mendakwa kerugian lebih RM1 juta selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menawarkan keuntungan tinggi oleh sebuah syarikat pelaburan.
SHAH ALAM, 2 OGOS: Polis menahan tujuh lelaki berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an, bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan yang berlaku di sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang dekat sini semalam.
KEPALA BATAS, 2 OGOS: Wanita yang melecur sehingga 27 peratus pada anggota badan akibat dibakar suaminya menggunakan petrol dalam kejadian di rumah mereka di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor di sin kelmarin, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.