PETALING JAYA, 26 SEPT: Empat anggota polis antara 13 yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket curi kabel telekomunikasi milik Telekom Malaysia (TM) di kawasan pentadbiran Ibu Sawat TM di sini.
SHAH ALAM, 25 SEPT: Polis Diraja Malaysia Selangor telah membuka kertas siasatan tatatertib susulan video yang tular di media sosial, mendakwa seorang wanita dipukul anggota polis.
KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Dua lelaki Sri Lanka yang sedang diburu polis kerana disyaki terlibat dengan pembunuhan tiga lelaki rakyat negara itu di sebuah rumah kedai di Sentul Sabtu lepas, dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang.
KUALA SELANGOR, 25 SEPT: Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia dan merampas 60.3 kilogram (kg) dadah dipercayai jenis syabu dan ekstasi bernilai lebih RM1.9 juta dalam serbuan di sekitar jeti nelayan di Sungai Buloh, Jeram di sini Jumaat lepas.
KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Seorang anggota bomba dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan ibu saudaranya, dua tahun lepas.
LAHAD DATU, 24 SEPT: Polis hari ini menahan suspek lelaki yang dikaitkan dengan kes pembunuhan seorang kanak-kanak di kawasan perumahan Felda Sahabat 30 dekat sini semalam.
JOHOR BAHRU, 24 SEPT: Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, malam tadi.
JOHOR BAHRU, 24 SEPT: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas 2.91 juta batang rokok kretek dan rokok putih dianggar bernilai RM3.9 juta termasuk cukai menerusi dua operasi berasingan pada 6 dan 12 September lalu.
MELAKA, 24 SEPT: Mayat wanita tanpa identiti ditemukan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 24 SEPT: Polis memburu lelaki warga asing dipercayai melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita tempatan dalam kejadian pada awal 2017.
KOTA BHARU, 24 SEPT: Polis menahan lapan lelaki warganegara India dan empat lelaki warga Bangladesh di dalam sebuah bas ekspres di tepi jalan berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang Jumaat lalu.
LAHAD DATU, 24 SEPT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dengan kesan tetakan di kepala, leher serta tangan dipercayai dilakukan oleh rakan kepada bapa tiri mangsa di perumahan pekerja Felda Sahabat 50 dekat sini semalam.
KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kanan antara dua yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.
KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Polis memburu dua suspek lelaki warga Sri Lanka kerana disyaki terlibat kes bunuh tiga warga senegara di sebuah rumah kedai di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul, di sini, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Pemeriksaan polis di sebuah rumah sewa di tingkat dua rumah kedai empat tingkat di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul di sini selepas menerima laporan berlaku pergaduhan membongkar penemuan tiga mayat lelaki di rumah terbabit, malam tadi.
BATU PAHAT, 23 SEPT: Seorang warga emas berusia 68 tahun mendakwa kerugian sebanyak RM289,067.58 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud melalui aplikasi Facebook.
SHAH ALAM, 23 SEPT: Seorang murid darjah satu di sebuah sekolah di Kampung Jawa, Klang ditampar guru selepas menuduh rakannya mencuri surat pemberitahuan hari sukan.
KANGAR, 22 SEPT: Perbuatan suami isteri etnik Rohingya yang menjalankan kegiatan memalsukan dokumen untuk pelarian dengan berselindung di sebalik operasi madrasah mengajar al-Quran, terbongkar selepas Jabatan Imigresen menjalankan serbuan di Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat semalam.
KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Seorang pengawal peribadi sebuah syarikat kawalan keselamatan ditahan selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis, dalam kejadian di kawasan perumahan di Bandar Sungai Long, Kajang, Rabu lepas.
KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Seorang pekerja restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghendap seorang pembaca berita wanita di tempat kerjanya dan melalui media sosial, minggu lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.