PETALING JAYA, 14 DIS: Polis mengesan dua kanak-kanak yang mendakwa melihat Zayn Rayyan Abdul Matiin berada di tingkat dua dan tiga Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, pada 5 Dis lepas.
PUTRAJAYA, 14 DIS: Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh pelajar tingkatan lima yang juga kekasihnya, lapan tahun lepas.
SHAH ALAM, 14 DIS: Remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan lemas di tasik berhampiran Jalan SP3 Bandar Saujana Putra tengah hari tadi.
IPOH, 13 DIS: Seramai 31 individu termasuk 21 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti penerokaan bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) secara haram di Hutan Simpan Bintang Hijau, Hulu Perak.
KUANTAN, 13 DIS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemukan lemas di sungai berhampiran kawasan Perumahan Banjir Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Rompin hari ini.
PETALING JAYA, 13 DIS: Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 13 DIS: Pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang tular kerana memandu secara melulu sehingga melanggar empat sekeluarga yang menaiki motosikal di Lebuhraya Besraya, didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 13 DIS: Polis menahan enam individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menjual sijil cuti sakit palsu di Kajang, Selangor pada Jumaat dan Sabtu lepas.
PETALING JAYA, 12 DIS: Polis perlu membuat penelitian lebih lanjut terhadap rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang diperoleh dari kenderaan penghuni Apartmen Idaman, Damansara Damai dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.
MUAR, 12 DIS: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas 10 pertuduhan menerima harta curi bernilai lebih RM515,000 milik seorang wanita warga emas, antara 2018 hingga 2019.
KUALA LUMPUR, 11 DIS: Seorang akauntan sebuah syarikat swasta ditemukan mati disyaki dibunuh di tepi Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, di sini pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 11 DIS: Polis menahan tiga pengarah sebuah syarikat kerana disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan ‘Giganation GIB’.
JOHOR BAHRU, 11 DIS: Seorang peniaga dan seorang pengurus syarikat kerugian hampir RM2.5 juta akibat diperdaya penipuan pelaburan tidak wujud dan penyamaran di dalam talian yang menyamar sebagai pihak berkuasa.
KLANG, 11 DIS: Polis mengesyaki berkemungkinan hanya seorang individu terlibat dalam kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, minggu lepas.
PETALING JAYA, 10 DIS: Pasukan Unit Forensik Kontinjen Selangor hadir di kediaman kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, untuk mengambil sampel bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu.
KOTA BHARU, 10 DIS: Seorang anggota polis retak pergelangan tangan kanan selepas terjatuh akibat ditendang dua suspek kes dadah di Kampung Pangkal Pisang, Melor, di sini semalam.
PETALING JAYA, 10 DIS: Sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R, Apartment Idaman di Damansara Damai di sini menjadi tumpuan polis bagi mengesan bukti baharu kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang memasuki hari keempat operasi hari ini.
KUALA LUMPUR, 10 DIS: Lelaki yang dipercayai membunuh ibu bapanya dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala, di sini, malam tadi, direman tujuh hari bermula hari ini.
KUALA LUMPUR, 10 DIS: Pasangan suami isteri warga emas ditemukan maut dipercayai ditikam anak lelaki kandung dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala, di sini, malam tadi.
PETALING JAYA, 9 DIS: Pakaian yang dipakai oleh kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, ketika mayatnya ditemukan di aliran anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai di sini telah diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.