SHAH ALAM, 19 DIS: Wanita tempatan maut ditikam beberapa kali pada bahagian depan dan belakang badan dalam kejadian di Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Chi Liung, Klang petang semalam.
KUALA LUMPUR, 19 DIS: Pengguna jalan raya di Jalan Tun Razak cemas apabila tayar monorel terbakar sebelum terjatuh di laluan Stesen Monorel Titiwangsa di sini, semalam.
KUALA LUMPUR, 18 DIS: Wanita yang dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan reman polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, Kedah, kelmarin, disahkan disebabkan radang paru-paru (pneumonia) dan tiada sebarang kecederaan berunsur jenayah.
ALOR SETAR, 18 DIS: Tiga lelaki termasuk seorang dalang disyaki terlibat dalam kegiatan kes samun bersenjata api ke atas kedai emas di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sejak 2009, berjaya ditahan pada Selasa dan Khamis lalu.
MELAKA, 18 DIS: Seorang ibu hari ini diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan, kerana mengabaikan tiga anaknya, dua tahun lalu.
NILAI, 18 DIS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 807.9 kilogram dadah berbahaya jenis fentanyl bernilai RM44.4 juta di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, 9 Disember lalu.
KUALA LUMPUR, 17 DIS: Proses penyiasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin hari ini beralih ke unit-unit tidak berpenghuni di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai di sini bagi mencari petunjuk baharu untuk merungkaikan kes itu.
KLUANG, 17 DIS: Bekas komando Grup Gerak Khas (GGK) yang dilaporkan hilang sejak Khamis lepas, Ab Manan Keri, 73, ditemukan meninggal dunia di dalam kebun kelapa sawit di Kampung Palembang, di sini, kira-kira pukul 5 petang tadi.
KUALA LUMPUR, 17 DIS: Polis sedang menyiasat insiden pergaduhan membabitkan pelajar dua sekolah menengah di Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini petang kelmarin.
TAWAU, 16 DIS: Takziah kepada keluarga mangsa dan beri peluang kepada polis untuk menjalankan tugas hingga selesai siasatan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung insiden kematian pelajar lelaki disyaki dilanggar kereta dipandu pegawai kanan polis, semalam.
KUALA LUMPUR, 16 DIS: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memberi jaminan siasatan berhubung kes kemalangan membabitkan pelajar lelaki berusia 17 tahun maut dilanggar sebuah kereta dipandu pegawai kanan polis, di Meru, Ipoh semalam dijalankan secara telus dan adil.
IPOH, 16 DIS: Pegawai polis yang disyaki terlibat dalam kemalangan membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru di sini semalam, direman selama tiga hari.
SHAH ALAM, 16 DIS: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman tujuh hari terhadap seorang lelaki yang dipercayai membunuh isterinya dengan menggunakan dumbel, di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, semalam.
IPOH, 15 DIS: Pegawai kanan polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kemalangan membabitkan pelajar lelaki berusia 17 tahun yang maut dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 15 DIS: Seorang wanita warga Myanmar yang tidak dibayar gaji dan lelaki warga Indonesia yang kehilangan satu jari disyaki dieksploitasi sebagai buruh paksa di sebuah kilang kitar semula barangan terpakai di kawasan Perindustrian Kundang di Rawang, Selangor, diselamatkan polis semalam.
SHAH ALAM, 15 DIS: Sebanyak 59 warga asing termasuk empat ejen ditahan dalam satu serbuan di Jalan Kebun di sini semalam.
KUANTAN, 15 DIS: Remaja berusia 14 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai hilang ketika mandi di tali air di perkampungan Indera Sempurna di sini hari ini.
KUALA LIPIS, 15 DIS: Koperal Mohd Azman Mat Yaacob berasa tidak sedap hati selepas melihat lokasi masa sebenar (live location) yang dikongsikan isterinya Nor Faizah Ridzuan menerusi aplikasi WhatsApp tidak bergerak walaupun beberapa kali memeriksa telefon pintarnya.
KUALA LUMPUR, 15 DIS: Penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu dan bapanya yang mayat mereka ditemukan terbaring berlumuran darah di lantai rumah dipercayai akibat ditikam berkali-kali.
JOHOR BAHRU, 14 DIS: Wanita warga emas dan seorang remaja lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kereta dipandu mereka akibat banjir kilat yang berlaku di hadapan stesen minyak di Taman Molek, petang tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.