ALOR SETAR, 7 JAN: Empat individu termasuk seorang wanita ditahan bersama dadah jenis ganja seberat 16 kilogram (kg) bernilai lebih RM50,000 dalam dua serbuan berasingan di Kampung Kuala Alor, Simpang Kuala, dekat sini, Khamis lepas.
SEREMBAN, 7 JAN: Polis menumpaskan satu sindiket penipuan pendaftaran kad prabayar tidak sah beroperasi di daerah ini dan menahan dua lelaki warga asing, pada Rabu lepas.
SHAH ALAM, 7 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNS) Selangor menahan seorang lelaki kerana disyaki menyeleweng diesel di stesen minyak di Bandar Puncak Alam, semalam.
KUALA LUMPUR, 7 JAN: Seorang lelaki warga Indonesia maut terjatuh dari tingkat 17, di sebuah kondominium di Setapak, di sini, selepas bertengkar dan menikam isterinya pagi, semalam.
GOMBAK, 7 JAN: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki melarikan seorang remaja perempuan di hadapan sebuah sekolah menengah di sini, Jumaat lalu.
KUALA LUMPUR, 7 JAN: Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur menggempur tiga kawasan panas lokasi tumpuan pendatang tanpa izin di sekitar ibu kota malam tadi dan menahan 31 warga asing atas pelbagai kesalahan.
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Lima lelaki termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan yang berlaku ketika perlawanan bola sepak di sebuah padang di Bandar Gamuda, Rawang, semalam.
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Empat anggota polis ditahan kerana disyaki memiliki air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Yew Lai di sini, Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 6 JAN: Seorang pelajar lelaki yang tular menerusi media sosial kerana memukul berkali-kali bahagian muka rakannya menggunakan topi keledar telah ditahan polis awal pagi tadi.
ALOR GAJAH, 6 JAN: Mayat wanita tanpa kepala serta kedua-dua tangan dan kaki ditemukan dalam tong sampah di dalam longkang di jalan besar Alor Gajah - Tampin di Kampung Rimau, Pulau Sebang di sini 31 Disember lalu.
KUANTAN, 6 JAN: Seorang pesara guru mengalami kerugian hampir RM320,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial Oktober lepas.
SHAH ALAM, 6 JAN: Tiga lelaki direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes menceroboh masuk kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di sini, semalam.
SHAH ALAM, 6 JAN: Kira-kira 100 warga asing termasuk empat wanita ditahan dalam serbuan di sebuah kilang kitar semula memproses barangan terpakai di Kampung Jalan Kebun, di sini semalam.
KUALA SELANGOR, 6 JAN: Tindakan lelaki meninggalkan keretanya dalam keadaan enjin masih hidup ketika membeli sarapan, mengundang padah apabila kenderaan itu dilaporkan hilang akibat dilarikan, semalam.
PUTRAJAYA, 6 JAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu sebuah kilang memproses ubat batuk tiruan di Mantin, Negeri Sembilan dan menahan wanita berusia 38 tahun yang disyaki bertanggungjawab mengendalikan premis berkenaan.
KUALA LUMPUR, 4 JAN: Kes jenayah komersial merekodkan peningkatan sebanyak 53.2 peratus dengan nilai kerugian dianggar mencecah RM14.33 bilion dalam tempoh lima tahun, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
KUALA LUMPUR, 4 JAN: Satu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda tumpas apabila dua lelaki ditahan di dua lokasi sekitar Subang Jaya dan Ampang, pada 27 Dis lepas.
SEREMBAN, 4 JAN: Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun ditemukan mati dengan kesan tikaman di belakang badan dan kedua-dua buku lali kaki di sebuah rumah di Kampung Pasir Rantau, dekat sini, 10.10 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 4 JAN: Polis menahan seorang lelaki yang memiliki kepakaran teknologi maklumat kerana disyaki menggodam dan menjual data milik sebuah agensi kerajaan di laman sesawang "darkweb".
JOHOR BAHRU, 4 JAN: Seorang juruwang lelaki warga Bangladesh antara lima warga asing ditahan Jabatan Imigresen dipercayai memiliki pasport antarabangsa pelbagai negara dalam serbuan di sebuah premis di Taman Abad, malam tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.