BUTTERWORTH, 17 JAN: Seorang jurutera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian dua guru lelaki pada Disember tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Seorang daripada dua beradik lelaki yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor 1 Januari lalu ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni, pada malam, 11 Januari lepas.
SANDAKAN, 16 JAN: Guru wanita kehilangan pelbagai barang bernilai RM2,000 apabila beg tangannya dilarikan lelaki yang merempuh kereta dipandunya di persimpangan Jalan Jambatan Merah dan Jalan Utara di sini pagi tadi.
GEORGE TOWN, 16 JAN: Wanita yang terjatuh ke laut di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang semalam mendakwa ditolak rakan lelakinya ketika mereka bertengkar di hentian jambatan itu.
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Polis menunggu laporan patologi sebelum meneruskan pendakwaan terhadap empat anggotanya yang ditahan selepas disyaki terlibat kegiatan memproses dan mengedar ketum pada 4 Januari lalu.
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua bekas anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM18,000.
GEORGE TOWN, 15 JAN: Tindakan pantas seorang lelaki yang terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang berjaya menyelamatkan seorang lelaki dan seorang wanita yang terjatuh ke dalam laut dalam kejadian di Kilometer 2.8 menghala ke Perai, malam ini.
KANGAR, 15 JAN: Nilai aset lelaki didakwa ‘raja dadah Malaysia’ berusia 41 tahun yang ditahan di Laos baru-baru ini dianggarkan RM190 juta.
KLANG, 15 JAN: Sepasang suami isteri masing-masing dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 14 tahun pada November dan Disember tahun lepas.
KANGAR, 15 JAN: Polis merampas 528 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine bernilai RM19 juta yang ditemukan di dalam kawasan Hutan Simpan Persekutuan di Padang Besar 10 Januari lalu, disifatkan sebagai rampasan dadah terbesar di Perlis setakat ini.
IPOH, 15 JAN: Pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki menyeleweng kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM9.62 juta dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah hari ini.
JOHOR BAHRU, 15 JAN: Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM20,000 berhubung kes pecah amanah, dua tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 14 JAN: Seorang lelaki mati ditembak dalam di Puchong Prima di sini petang tadi.
JOHOR BAHRU, 14 JAN: Ketua polis balai yang didakwa melakukan kekerasan terhadap orang awam baru-baru ini sudah dipindahkan ke jabatan lain.
KUCHING, 14 JAN: Kerani wanita rakyat tempatan di Miri, bahagian utara Sarawak mengalami kerugian RM60,000 akibat kes penipuan tawaran kerja sambilan dari aplikasi ‘Asia Shopping’.
SHAH ALAM, 14 JAN: Seramai 14 penunggang motosikal yang ditahan atas pelbagai kesalahan trafik dibawa ke Surau Fazwina Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk menunaikan solat Subuh berjemaah, semalam.
KUALA TERENGGANU, 14 JAN: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan perlawanan bola sepak antara kelab NAG FC dengan KESA FC di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus Jumaat lepas.
JOHOR BAHRU, 14 JAN: Seorang wanita tempatan kerugian lebih setengah juta ringgit selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan menerusi Facebook.
KUANTAN, 13 JAN: Polis menahan 21 individu termasuk 10 wanita dan tiga warga Indonesia kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dalam serbuan menerusi Op Dadu di sekitar daerah ini semalam.
KUALA LUMPUR, 13 JAN: Polis menahan dua lelaki kerana disyaki memukul seorang warga emas yang dipercayai menyebabkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang di sini, Khamis lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.