AGENDA

Polis sahkan kejadian tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam

8 Feb 2025, 3:34 PM
Polis sahkan kejadian tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam

SHAH ALAM, 8 FEB: Polis mengesahkan satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata pasukannya baru tiba di lokasi.

“Ya betul (berkenaan insiden tembakan) dan pasukan polis baru sampai di tempat kejadian, nanti saya (kongsikan) perkembangan kes,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Terdahulu tular di media sosial mengenai satu kejadian tembakan yang dikatakan berlaku di sebuah kedai emas di dalam sebuah pusat-beli belah di Setia Alam.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.