JOHOR BAHRU, 16 MAC: Polis menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penculikan seorang remaja lelaki sehingga membawa kepada kecederaan, dalam kejadian di kawasan Taman Perumahan Kota Masai di Pasir Gudang di sini semalam.
KUALA TERENGGANU, 16 MAC: Seekor gajah betina yang dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan sebelum haiwan itu melarikan ke hutan di Kampung Kolam, Setiu di sini malam tadi berjaya ditangkap hari ini.
KUALA LUMPUR, 16 MAC: Lima individu dirakam percakapan hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Selasa lalu.
KLANG, 16 MAC: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor mengenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai menjadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang sambutan Aidilfitri.
PUTRAJAYA, 15 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menahan tiga pemilik syarikat termasuk dua bergelar Datuk selepas disyaki memberi rasuah kepada penjawat awam untuk tidak mengambil tindakan terhadap kes penyeludupan tembakau, rokok dan arak melalui pintu masuk negara.
SUNGAI BULOH, 15 MAC: Polis berjaya menumpaskan dua sindiket mengedar dadah selepas menahan lima individu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM176,600 dalam tiga serbuan berasingan di Selangor dan Lembah Klang.
SUNGAI BULOH, 15 MAC: Dua pasangan suami isteri warga Thailand antara enam individu ditahan disyaki terlibat sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah dari negara jiran dalam tangkapan berasingan Rabu lepas.
KUALA LUMPUR, 14 MAC: Tiga remaja perempuan yang mendakwa mereka daripada kelab motosikal 'Awek Melaka' ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan (Plus).
BALIK PULAU, 14 MAC: Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penipuan pelaburan minyak enjin kenderaan yang mengakibatkan mangsa mengalami kerugian RM240,000, ditahan polis di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 14 MAC: Polis menumpaskan skim penipuan pelaburan palsu ‘Amundi’ yang didakwa menawarkan pulangan keuntungan tinggi dalam tempoh 48 jam dengan menahan 16 individu.
MUAR, 14 MAC: Remaja berusia 15 tahun lemas selepas terjatuh ke dalam kolam tadahan air di kawasan kebun kelapa sawit di Parit Shafie, di sini, semalam.
KLANG, 14 MAC: Keluarga kanak-kanak perempuan yang didakwa menjadi mangsa serangan dua anjing liar di Pangsapuri Taman Suri Pendamar, di sini baru-baru ini diminta segera tampil membuat laporan.
KUANTAN, 13 MAC: Ahli fisioterapi di sebuah pusat perubatan swasta di sini kerugian lebih RM234,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial awal tahun ini.
KOTA BHARU, 13 MAC: Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana melakukan jenayah kekerasan dan dadah, dengan licik mengubah suai sebuah meja laci kayu supaya hanya boleh dibuka dengan kad akses untuk menyembunyikan dua pucuk pistol.
KLANG, 13 MAC: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 5.9 juta batang rokok putih bernilai lebih RM4.35 juta menerusi dua operasi berasingan di Seri Kembangan dan Kuala Lumpur pada 22 dan 29 Februari lepas.
KUALA LUMPUR, 13 MAC: Dua lelaki warga asing yang didakwa menyimbah petrol dan membakar seorang wanita warga asing di padang permainan Kampung Cheras Baru di sini 10.30 malam, Sabtu lalu dicari polis.
KLANG, 13 MAC: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 73 pek kurma disyaki produk dari Israel dalam serbuan di sebuah gudang penyimpanan makanan di sini, semalam.
SEREMBAN, 12 MAC: Polis menahan dua individu disyaki memiliki dadah seberat kira-kira lima kilogram (5kg) di tempat letak kereta di Bandar Baharu Nilai di sini, awal pagi semalam.
GEORGE TOWN, 12 MAC: Lelaki warga Singapura yang hilang sejak empat hari lalu ditemukan maut selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam cerun setinggi 45 meter di kawasan bukit Jalan Paya Terubong ke Relau.
KANGAR, 12 MAC: Polis menahan seorang peniaga produk sejuk beku selepas menemukan pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM8,000 dalam sebuah rumah di Taman Guar Gajah, Arau semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.