ad
AGENDA

Dua lelaki maut kemalangan kereta, bas kilang

17 Apr 2025, 1:39 AM
Dua lelaki maut kemalangan kereta, bas kilang

MUAR, 17 APRIL: Dua lelaki maut apabila kereta dipandu bertembung bas kilang yang membawa 30 penumpang di Jalan Salleh-Bukit Pasir pagi tadi.

Kemalangan jam 6 pagi menyebabkan dua pemandu lelaki berusia 21 dan 26 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Muhammad Fazli Mat Jinin, berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.18 pagi, lapor Berita Harian.

"Dua mangsa iaitu pemandu kereta dan pemandu Perodua Axia tersepit di tempat duduk masing-masing.

"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut dipanggil ke lokasi," katanya dalam kenyataan.

Pemandu bas berusia 49 tahun dan 30 penumpang tidak cedera.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.