ISKANDAR PUTERI, 20 MAC: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas 21.7 juta batang rokok dianggarkan bernilai RM18.3 juta termasuk cukai, dalam dua pemeriksaan berasingan di Bay Pemeriksaan Kastam, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah di sini pada 4 dan 13 Mac.
SHAH ALAM, 20 MAC: Lelaki warga Bangladesh maut ditikam rakan sekerja ketika berbuka puasa di asrama pekerja sebuah kilang di Seksyen 36, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian berpunca apabila suspek warga Pakistan marah air orennya...
SEREMBAN, 19 MAC: Tindakan seorang lelaki menyamun dengan berpura-pura sebagai penjual susu di sekitar Negeri Sembilan, tumpas selepas ditahan polis dalam ‘Op Sentap’ pada Ahad.
GEORGE TOWN, 19 MAC: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) yang dibungkus dalam peket minuman segera di sebuah apartmen di Jelutong, di sini Ahad lalu.
BUTTERWORTH, 19 MAC: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang peniaga RM70,000, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan menyimpan hidupan liar dilindungi tanpa lesen dan permit pada Julai 2023.
KUALA LUMPUR, 19 MAC: Polis menahan empat lelaki di sekitar Ampang di sini semalam selepas disyaki menyerang dua pelajar sekolah menengah dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah sekolah di Sungai Long, Kajang.
KUCHING, 19 MAC: Polis Sarawak menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Miri, bahagian utara Sarawak melibatkan 21.7 kilogram (kg) metamfetamina atau syabu bernilai lebih RM700,000 yang disembunyikan dalam tong gas.
MIRI, 19 MAC: Seorang suri rumah kerugian RM31,700 selepas menjadi mangsa penipuan penjualan barangan terpakai dalam talian minggu lepas.
KUALA KANGSAR, 19 MAC: Padah menjual ayam standard melebihi harga maksimum ditetapkan Oktober tahun lepas, seorang pemborong didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
KUANTAN, 18 MAC: Tiada sebarang kegiatan dan usaha untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad dikesan di Pahang setakat ini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
JOHOR BAHRU, 17 MAC: Polis mengesahkan punca kematian bayi berusia setahun enam bulan, Muhammad Uwais Mohd Khairul, di Pasir Gudang semalam adalah akibat luka dikelar di bahagian leher dipercayai dilakukan oleh ibu kandungnya sendiri.
KUALA LUMPUR, 17 MAC: Polis menahan 47 individu termasuk 39 warga asing dalam serbuan terhadap 11 premis disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Bukit Bintang di sini, petang semalam.
KUALA KANGSAR, 17 MAC: Polis percaya berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis Methamphetamine atau syabu dengan penahanan dua lelaki serta merampas 51.501 kilogram (kg) dadah berkenaan bernilai RM2.57 juta di sini, semalam.
JOHOR BAHRU, 17 MAC: Ibu kepada bayi lelaki berusia setahun enam bulan yang dipercayai maut akibat dikelar di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang di sini, ditahan reman tujuh hari.
PASIR GUDANG, 17 MAC: Ibu yang disyaki mengelar bayinya sehingga mati semalam, sempat berkunjung bersama suami dan anak tunggal mereka ke rumah jiran untuk memberikan kuih donat sebagai juadah berbuka puasa sehari sebelum kejadian tragis itu.
KUALA LUMPUR, 17 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 11 individu disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok serta menyita lapan kenderaan mewah dianggarkan bernilai hampir RM6 juta didakwa milik mereka.
SHAH ALAM, 17 MAC: Mayat lelaki warga asing ditemukan dalam keadaan terapung di Kunci Air Sungai Klang, Seksyen 17, di sini, semalam.
KUALA LUMPUR, 17 MAC: Kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, ditemui selamat ketika berjalan berseorangan di kawasan lot kedai di Sri Rampai di sini, pada 2.28 pagi tadi.
JOHOR BAHRU, 17 MAC: Polis sedang mengesan remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di kuarters Hospital Temenggung Seri Maharaja Kulai sejak 5 Mac lalu.
JOHOR BAHRU, 16 MAC: Polis menyelamatkan empat wanita warga India dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Larkin, di sini petang semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.