PUTRAJAYA, 13 MEI: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas, dalam operasi di sebuah rumah di Kajang, Selangor pada 10 Mei lepas.
TAIPING, 13 MEI: Seorang nelayan dan pembantu kedai makan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 21,037.10 gram pada awal bulan ini.
IPOH, 12 MEI: Seramai 21 penumpang bas persiaran cedera selepas bas dinaiki terbabas dan terbalik selepas bergesel dengan sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 264.5 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora di sini pagi ini.
JOHOR BAHRU, 12 MEI: Penjawat awam kerugian RM150,600 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam’atau penipuan melalui panggilan telefon, Jumaat lalu.
SHAH ALAM, 11 MEI: Polis dalam proses menyiapkan fotofit individu disyaki terbabit dalam kes simbahan asid terhadap pemain Selangor FC, Faisal Halim.
KUALA LUMPUR, 10 MEI: Polis menahan dua lelaki berumur 25 tahun di Batu Caves petang tadi bagi membantu siasatan berkaitan kes sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi semalam.
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Kesan cap jari suspek dikesan di beberapa kawasan pusat beli belah sebelum suspek menyimbah asid kepada pemain bola sepak negara, Faisal Halim.
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menasihatkan pemain bola sepak segera membuat laporan polis jika merasakan keselamatan diri mereka terancam.
KUALA KANGSAR, 9 MEI: Lapan rakan masing-masing didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Hutan Simpan Banding tanpa permit pada Mac lepas.
KOTA BHARU, 9 MEI: Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap kawan baiknya dengan menggunakan asid sulfurik.
SHAH ALAM, 9 MEI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan bot nelayan tempatan kelas C kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran di sekitar perairan Kapar, dekat sini semalam.
BUKIT MERTAJAM, 8 MEI: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan kaki dan tangan diikat manakala mulut disumbat kain dalam kejadian samun di kediaman keluarganya di Guar Perahu, Kubang Semang di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang tugas dan mengeluarkan kata kesat kepada pegawai kanan polis berpangkat ASP, tiga hari lepas.
SEREMBAN, 8 MEI: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol anak perempuannya sejak berumur 12 tahun sehingga melahirkan anak.
KUALA TERENGGANU, 8 MEI: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 40 sebatan ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia 14 tahun.
KUALA LUMPUR 8 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh berhubung kenyataannya mengenai kejadian simbah asid pemain skuad Harimau Malaya, Faisal Halim.
JOHOR BAHRU, 8 MEI: Polis giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta bekas ketua pasukan skuad kebangsaan Safiq Rahim yang dilapor dipecahkan di pusat latihan Johor Darul Ta'zim (JDT), di Jalan Sri Gelam, malam tadi.
KULAI, 7 MEI: Seorang wanita nyaris menjadi mangsa culik selepas ditumbuk dan diseret di atas jalan raya sebelum dipaksa masuk ke sebuah kereta oleh empat lelaki tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Lagenda Putra di sini, Ahad lepas.
BUKIT MERTAJAM, 7 MEI: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan selepas seorang bayi perempuan berumur tujuh bulan meninggal dunia semasa bayi itu berada dalam jagaannya, di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 7 MEI: Polis giat mengesan pemilik akaun media sosial didakwa menyebarkan kebencian menyasarkan beberapa pemain bola sepak kebangsaan, susulan serangan terhadap pemain, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.