ad
AGENDA

Pelakon, penyanyi terkenal ditahan lakukan amang seksual terhadap remaja

4 Jun 2025, 6:22 PM
Pelakon, penyanyi terkenal ditahan lakukan amang seksual terhadap remaja

KUALA LUMPUR, 4 JUN: Polis menahan seorang pelakon dan penyanyi lelaki terkenal selepas didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor, semalam.

Menurut sumber mangsa berusia 17 tahun sebelum itu dilaporkan telah berkenalan dengan artis berkenaan di sebuah kafe tempat dia bekerja dan mereka dilaporkan telah beberapa kali berjumpa sebelum kejadian itu berlaku.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Siti Kamsiah Hassan berkata artis terbabit telah ditahan sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu sebelum dia dibebaskan pada hari yang sama dengan jaminan polis.

“Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 14(a), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792),” katanya ketika dihubungi.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.