PUTRAJAYA, 20 JUN: Seorang ahli perniagaan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun kerana mengedar 9.528 kilogram (kg) ganja, tujuh tahun lalu.
PORT DICKSON, 20 JUN: Polis membuka kertas siasatan berkaitan dakwaan kejadian seorang suami memukul isterinya di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
JOHOR BAHRU, 19 JUN: Lima anggota keluarga suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram bulan lepas sehingga mengakibatkan kematian dua anggota polis dan seorang lagi cedera, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berkaitan keganasan.
KUALA LUMPUR, 19 JUN: Sebanyak 13 individu termasuk empat kakitangan bank ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap sebuah bank melibatkan kerugian sebanyak RM24.2 juta.
SERDANG, 19 JUN: Polis merampas dadah bernilai RM13.5 juta selepas menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Puchong, Selangor pada 12.50 tengah hari, Isnin lepas.
SIBU, 18 JUN: Seorang mekanik kapal warga emas kerugian sebanyak RM17,220 selepas terpedaya dengan iklan palsu di aplikasi WhatsApp mengenai jualan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), pada awal bulan ini.
KUALA LUMPUR, 18 JUN: Polis mengesahkan kerugian kira-kira RM3.2 juta dalam kejadian samun sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Kajang petang semalam.
KUALA LUMPUR, 18 JUN: Seorang lelaki yang videonya tular kerana menyentuh punggung seorang wanita di sebuah kedai runcit peralatan pembaikan rumah di Selayang minggu lepas, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
KOTA BHARU, 18 JUN: Remaja perempuan maut dan empat cedera apabila sebuah pacuan empat roda merempuh tiang elektrik di Jalan Kuala Krai-Gua Musang hari ini.
JEMPOL, 18 JUN: Guru wanita berusia 39 tahun menjadi mangsa penipuan jual beli lembu untuk ibadah korban menerusi aplikasi WhatsApp.
KUALA LUMPUR, 18 JUN: Empat lelaki diburu polis selepas terlibat dalam kejadian samun menggunakan senjata api membabitkan sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Kajang semalam.
JOHOR BAHRU, 17 JUN: Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
KUALA LUMPUR, 17 JUN: Wanita warga emas bersama cucu perempuan berusia 12 tahun yang dikhuatiri sesat ketika dalam perjalanan ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu semalam, ditemukan selamat 9.30 pagi tadi.
JOHOR BAHRU, 17 JUN: Warga emas mengalami kerugian lebih RM2.2 juta selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan membabitkan pelaburan saham.
SIBU, 17 JUN: Dua penumpang hilang manakala tiga lagi terselamat dalam insiden bot karam di Long Menjawah, Sungai Rajang, Belaga semalam.
KUALA LUMPUR, 16 JUN: Wanita warga emas bersama cucu perempuan berusia 12 tahun dikhuatiri sesat ketika dalam perjalanan ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu, Selangor, semalam.
KOTA KINABALU, 16 JUN: Seorang warga Indonesia maut manakala rakan senegaranya cedera parah dalam satu pergaduhan dipercayai akibat perselisihan faham di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 15 JUN: Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam, Selangor semalam.
GEORGE TOWN, 15 JUN: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri dalam insiden di sebuah pangsapuri di Relau di sini petang tadi.
KUALA LUMPUR, 15 JUN: Polis menahan seorang kakitangan bank yang disyaki terbabit dalam kes kehilangan wang daripada empat akaun simpanan tetap membabitkan kerugian RM24.2 juta.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.