KUALA LUMPUR, 23 JUN: Seramai 16 wanita warga Afrika yang dipercayai terlibat dalam aktiviti persundalan di sekitar Bukit Bintang ditahan malam tadi dalam serbuan di sebuah hotel bajet di sini.
KANGAR, 23 JUN: Suami isteri parah selepas motosikal ditunggang mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Kampung Padang Benta, Simpang Empat dekat sini pagi tadi.
BATU PAHAT, 22 JUN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan menambah aset udara serta meluaskan kawasan pencarian bagi mengesan empat nelayan yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot terbalik di perairan Tanjung Segenting, di sini semalam.
BATU PAHAT, 22 JUN: Maritim Malaysia memperluas kawasan pencarian untuk mengesan empat nelayan yang dilaporkan hilang dalam insiden bot terbalik di perairan Tanjung Segenting semalam.
PUTRAJAYA, 22 JUN: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit kejadian cubaan meragut barangan berharga milik seorang wanita warga China di Southville City di Sepang semalam yang tular di media sosial.
IPOH, 22 JUN: Polis menahan tiga lelaki kerana memiliki senjata berbahaya dan peralatan polis secara tidak sah dipercayai digunakan untuk kegiatan samun di Sungai Senam di sini, semalam.
PUTRJAYA, 21 JUN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menahan seorang lelaki dipercayai menjalankan kegiatan memancing data (phishing) menerusi pautan khidmat pesanan ringkas (SMS) di Cheras,Kuala Lumpur, semalam.
GEORGE TOWN, 21 JUN: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki yang dipercayai tunang kepada bekas isterinya minggu lepas.
KUALA LUMPUR, 21 JUN: Seorang lelaki warga emas mendakwa kerugian RM3.5 juta selepas, tidak menerima wang bayaran hasil penjualan dua lot tanah miliknya kepada sebuah syarikat di Ampang, Selangor.
KUALA LUMPUR, 21 JUN: Polis menahan seorang lagi individu menjadikan jumlah keseluruhan 14 individu termasuk empat kakitangan bank ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap sebuah bank melibatkan kerugian RM24.2 juta.
KUALA TERENGGANU, 21 JUN: Pengurus di sebuah syarikat petroleum mengalami kerugian RM3.9 juta selepas diperdaya pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.
PORT DICKSON, 21 JUN: Seorang juruteknik yang didakwa memukul isterinya di sebuah hotel di sini sepertimana tular dalam sebuah video di media sosial, direman empat hari mulai hari ini.
JOHOR BAHRU, 21 JUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor merampas 28 tong gas petroleum cecair (LPG) dari sebuah premis dobi di Taman Ekoperniagaan di sini Selasa lalu kerana disyaki menyimpan barang kawalan berjadual tanpa permit.
IPOH, 21 JUN: Lelaki yang menyerah diri di Balai Polis Batu Gajah dan mengaku membunuh isterinya di sebuah hotel semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.
IPOH, 21 JUN: Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di sebuah rumah di Taman Malcop di sini.
LAHAD DATU, 21 JUN: Empat cedera selepas sebuah bas ekspres yang membawa 19 orang termasuk dua pemandu dan seorang konduktor terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Batu 9, Jalan Silam, di sini malam tadi.
PETALING JAYA, 21 JUN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mengeluarkan 14,417 notis atas pelbagai kesalahan dalam Op Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024 bagi tempoh 10 hingga 19 Jun lalu.
LAHAD DATU, 21 JUN: Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam di sini malam tadi.
KOTA BHARU, 20 JUN: Empat individu termasuk seorang wanita tempatan ditahan kerana disyaki menyeludup 2,170 pil kuda di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lakota, Jeli, semalam.
IPOH, 20 JUN: Seorang lelaki menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya dengan menggunakan pisau dalam sebuah bilik hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah, dekat sini, hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.