BATU PAHAT, 10 JULAI: Pesara guru kerugian lebih RM150,000 akibat diperdaya sindiket pelaburan mata wang digital tidak wujud yang menggunakan taktik menarik penyertaan orang ramai melalui media sosial.
KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Penyampaian perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjalan seperti biasa walaupun arahan pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam.
JOHOR BAHRU, 9 JULAI: Seorang suri rumah mengalami kerugian sebanyak RM126,490 setelah terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian palsu yang menjanjikan pulangan lumayan.
JOHOR BAHRU, 9 JULAI: Polis Johor berjaya membongkar sindiket pemerdagangan orang yang mengupah warga asing dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) untuk menjadi pengemis di negeri ini dengan gaji RM300 sebulan.
KOTA BHARU, 9 JULAI: Seorang peniaga berusia 46 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol anak tirinya yang berusia 12 tahun.
KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan kerana dipercayai melarikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang ditinggalkan di bahu jalan oleh penjaga valet sebuah pusat beli-belah di Jalan P Ramlee di sini semalam.
KOTA BHARU, 8 JULAI: Polis memburu 10 lelaki yang disyaki menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian rompakan di sebuah bangsal di kebun tembikai di Kuala Krai hari ini.
ALOR SETAR, 8 JULAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah mematahkan cubaan menyeleweng 6,130 liter minyak diesel dan petrol dalam satu serbuan di sebuah premis pemborong minyak berlesen di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, semalam.
KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Polis percaya berjaya menyelesaikan lebih 15 kes pecah rumah dengan penahanan tiga lelaki dan dua wanita dalam operasi di sekitar Lembah Klang pada Sabtu lepas.
KOTA BHARU, 8 JULAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 3.2 juta rokok seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM2.1 juta dalam operasi darat pada 29 Jun hingga 5 Julai lepas.
BATU PAHAT, 7 JULAI: Lelaki warga emas rugi RM400,900 setelah terperdaya dengan sindiket pelaburan mata wang digital tidak wujud Mac lalu.
SHAH ALAM, 6 JULAI: Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan meninggal dunia di tepi jalan berdekatan sebuah sekolah di Kuala Langat, dekat sini, semalam.
KUALA LUMPUR, 6 JULAI: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pelacuran warga asing menerusi operasi khas di lapan lokasi sekitar Lembah Klang dengan penahanan 75 individu kelmarin.
KUALA LUMPUR, 5 JULAI: Seorang bekas pemilik syarikat teknologi maklumat dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyembunyikan wang milik seorang warga emas berjumlah RM195,000 tiga bulan lepas.
POLIS BURU SUSPEK KES PECAH CERMIN KERETA KUALA LUMPUR, 5 JULAI: Polis sedang mengesan suspek yang memecahkan enam cermin kereta yang diparkir di tepi jalan kawasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Awan Besar, Bukit Jalil di sini. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Ravindar Singh Sarban Singh...
PUTRAJAYA, 5 JULAI: Seorang bekas peniaga besi buruk terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 38 tahun, atas kesalahan membunuh seorang pondan, 15 tahun lepas.
BATU PAHAT, 4 JULAI: Polis mengesahkan rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, di Jalan Yong Peng, dekat sini, 24 Jun lalu, milik remaja yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.
KUANTAN, 4 JULAI: Lelaki warga emas kerugian lebih RM200,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian Mei lalu.
MUAR, 4 JULAI: Dua anggota dari Cawangan Unit Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar parah manakala seorang suspek maut, selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Benteng Parit Kongsi 4, Parit Jawa, di sini, kira-kira 4 pagi, hari ini.
IPOH, 4 JULAI: Lelaki maut selepas belakang badannya tertusuk sabit sawit ketika menaiki motosikal pengangkut di Parit Sulaiman, Kampung Matang Gerdu dekat Bagan Serai semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.