KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Pemain bola sepak amatur yang membawa senjata tajam ke padang ketika berlaku perselisihan faham dalam perlawanan bola sepak Ahad lalu, ditahan polis di sebuah rumah di Klang dekat sini, petang semalam.
KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Jabatan Imigresen menahan 27 warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kelab malam elit di Jalan Sultan Ismail, di sini pagi tadi.
MUAR, 9 OGOS: Polis mengesan saksi utama bagi membantu siasatan kes kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan di Pagoh di sini hari ini yang meragut nyawa suami isteri warga emas serta seorang cucu mereka.
CHUKAI, 9 OGOS: Tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan komponen motosikal jenis Yamaha RX-Z di stor barangan kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Selasa lalu.
IPOH, 9 OGOS: Polis Perak menyerbu sebuah rumah di Buntong yang dijadikan sebagai tempat pemprosesan dadah dan merampas 18.4 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis dengan nilai anggaran RM337,683.60 pada 7 Ogos lepas.
SEPANG, 9 OGOS: Seorang remaja perempuan yang ditahan semalam kerana disyaki menceroboh dan menyamar sebagai petugas hospital di Serdang, direman selama dua hari sehingga esok.
IPOH, 9 OGOS: Tindakan sepasang kekasih mencuri motosikal di daerah Parit Buntar akhirnya membawa padah apabila mereka ditahan polis semalam.
PUTRAJAYA, 8 OGOS: Remaja perempuan ditahan polis kerana disyaki menceroboh dan menyamar petugas hospital, hari ini.
TELUK INTAN, 8 OGOS: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan menghalang dan mencederakan dua anggota polis yang sedang menjalankan tugas dalam kejadian pada minggu lepas.
IPOH, 8 OGOS: Pengasuh yang ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun direman enam hari bermula hari ini hingga 13 Ogos.
BUTTERWORTH, 7 OGOS: Polis menahan seorang lelaki dipercayai menyerang bekas teman wanitanya dengan pisau di sebuah pasar raya di Bagan Ajam di sini pada Ahad lepas yang tular di media sosial.
PETALING JAYA, 7 OGOS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti identiti suspek kelima kes samun bersenjata di Semenyih pada 31 Julai lepas.
KOTA BHARU, 6 OGOS: Polis menahan seorang pempengaruh wanita tempatan kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di Kota Bharu semalam.
SEREMBAN, 6 OGOS: Seorang pemuzik jalanan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengajar ajaran sesat Millah Abraham di sebuah rumah di Gemas, tahun lepas.
BALIK PULAU, 5 OGOS: Mayat lelaki warga asing dipercayai dibunuh ditemukan dengan beberapa kesan tikaman dalam kejadian di sebuah restoran masakan Thailand di Bukit Genting, Jalan Bukit Genting di sini awal pagi hari ini.
NIBONG TEBAL, 5 OGOS: Polis percaya dapat menyelesaikan 13 kes kecurian kabel di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) susulan penangkapan tiga lelaki tempatan di Jalan Bukit Panchor di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Enam lelaki ditahan kerana disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di Jalan Besar Enggang AU2 dekat Ampang, Sabtu lepas.
KOTA KINABALU, 5 OGOS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah merampas 20,393 gram dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai lebih RM600,000 yang cuba diseludup melalui pesawat penumpang, 30 Julai lalu.
TAMPIN, 4 OGOS: Seorang lelaki berusia 45 tahun cedera parah pada beberapa bahagian badan selepas diserang rakannya di sebuah rumah di Ayer Kuning Selatan di sini awal pagi tadi.
PEKAN, 4 OGOS: Pemandu treler yang merempuh sebuah rumah sehingga menyebabkan dua beradik maut di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, semalam direman empat hari.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.