Jurutera rugi RM114,000 ditipu 'pegawai polis' Bukit Aman

8 Ogos 2025, 7:30 AM
Jurutera rugi RM114,000 ditipu 'pegawai polis' Bukit Aman

CHUKAI, 8 OGOS: Jurutera kerugian RM114,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dari Bukit Aman 5 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata lelaki berusia 31 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa dia terlibat dalam sindiket keldai akaun.

Beliau berkata suspek mengarahkan mangsa membuat sejumlah pembayaran bagi mengelak ditangkap dan membersihkan namanya.

Mangsa yang panik membuat lima kali pembayaran berjumlah RM114,000 ke empat akaun berbeza dalam tempoh dua hari seperti diarahkan suspek.

“Mangsa menyedari ditipu selepas usaha menghubungi suspek gagal. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.