BALIK PULAU, 3 SEPT: Kemeja-T tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan nama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya yang dipakai seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh bukan untuk penugasan rasmi, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal.
PUTRAJAYA, 2 SEPT: Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan perintah pembebasan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (pendengaran dan pertuturan) daripada tuduhan bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 2017.
JOHOR BAHRU, 2 SEPT: Seorang pegawai dan tiga anggota polis ditahan minggu lepas dipercayai terlibat dengan kes pemerasan wang RM45,000 terhadap dua ahli perniagaan.
JOHOR BAHRU, 2 SEPT: Ibu dan anak antara lima individu ditahan dipercayai terlibat sindiket pengedaran dadah melibatkan rampasan dadah bernilai RM157,964 dalam serbuan di sekitar daerah ini pada 27 Ogos lepas.
JOHOR BAHRU, 2 SEPT: Polis percaya berjaya menumpaskan 'Geng Bala’ yang aktif dalam kegiatan samun dan pecah rumah dengan penahanan 11 individu termasuk dua wanita dalam beberapa serbuan berasingan di negeri ini antara 12 hingga 26 Ogos lepas.
KUALA LUMPUR, 1 SEPT: Polis sedang mengesan seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang turut mengaitkan pembabitan seorang ahli politik dan suaminya.
KOTA BHARU, 1 SEPT: Mayat lelaki warga emas berusia 65 tahun ditemukan di dalam paya di sebuah kebun di Kampung Beta Hulu, Nilam Puri, Ketereh dekat sini, kira-kira 10 pagi tadi.
SHAH ALAM, 1 SEPT: Polis Selangor mengesahkan menerima laporan berhubung pesara bank wanita mengalami kerugian RM1.98 juta dipercayai jadi mangsa sindiket penipuan 'love scam'.
KUALA NERUS, 31 OGOS: Polis Diraja Malaysia membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penglibatan seorang bekas timbalan menteri dalam sindiket pemerdagangan orang di Myanmar.
KUALA LUMPUR, 31 OGOS: Polis menyelamatkan 137 individu termasuk 52 kanak-kanak disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh menerusi Op Pintas Mega yang dilaksanakan pada Januari dan Jun lepas.
KUALA LUMPUR, 31 OGOS: Polis menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Bukit Beruntung, Rawang dekat sini, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki bertindak merosakkan kereta mewah bekas majikannya kerana dipecat daripada pekerjaannya, Rabu lepas.
GEORGE TOWN, 30 OGOS: Polis menahan 16 lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) dalam operasi khas di negeri ini sepanjang Ogos.
KUANTAN, 29 OGOS: Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki terbabit dalam kes pukul seorang pekerja kedai serbaneka sehingga cedera di kepala menggunakan topi keledar di Bentong, kira-kira 188 kilometer (km) dari sini, yang mana kejadian itu tular di aplikasi X hari ini.
KUANTAN, 29 OGOS: Seorang setiausaha persatuan amal kerugian RM728,480 selepas terpedaya sindiket penipuan yang menyamar pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pegawai polis.
BALIK PULAU, 28 OGOS: Polis menahan dua lelaki yang disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan hingga menyebabkan beberapa mangsa kerugian RM132,152 baru-baru ini.
IPOH, 28 OGOS: Polis sedang mengesan seorang wanita warga Indonesia yang pernah menyewa di rumah tempat penemuan mayat bayi di bawah lantai simen, di Taman Sri Rokam, Jalan Pasar, di sini, tengah hari tadi.
KUALA LUMPUR, 28 OGOS: Seorang suri rumah warga emas rugi lebih RM1.37 juta akibat terpedaya dengan panggilan penipuan (phone scam) menawarkan skim pelaburan yang kononnya dianjurkan oleh institusi perbankan tertentu.
JOHOR BAHRU, 28 OGOS: Polis menumpaskan sindiket mengedar dan memproses dadah selepas menahan sepasang kekasih serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2 juta dalam serbuan berasingan di sini dan Iskandar Puteri pada 17 Ogos lepas.
KUALA LUMPUR, 28 OGOS: Seorang bekas peguam dihukum penjara dua tahun dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas lima pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM24,600 milik pelanggannya dari 2010 hingga 2011.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.