BANGKOK, 26 APRIL: Thailand mengesahkan 53 kes baharu Covid-19 termasuk 42 di Pusat Tahanan Imigresen Sadao di wilayah selatan Songkhla dan satu lagi kematian, menjadikan jumlah kes sebanyak 2,907 dan 51 kematian.
WASHINGTON, 22 APRIL: Dunia kini berada di ambang ‘pandemik kelaparan’ di sebalik penularan wabak Covid-19, yang bakal menyaksikan tambahan seramai 130 juta orang lagi diancam kebuluran, kata pengarah eksekutif Program Makanan Dunia (WFP).
SINGAPURA, 21 APRIL: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan langkah pemutus rantaian iaitu langkah pencegahan lebih ketat yang dilaksanakan republik itu untuk menangani pandemik Covid-19, akan dilanjutkan selama empat minggu lagi sehingga 1 Jun 2020.
SINGAPURA, 21 APRIL: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan tambahan 1,111 jangkitan kes Covid-19 di republik itu yang menjadikan keseluruhan kes kepada 9,152.
SINGAPURA, 21 APRIL: Kira-kira 96 peratus daripada kes baharu jangkitan Covid-19 di Singapura semalam melibatkan pemegang permit kerja yang tinggal di lebih 25 asrama kluster di sini.
SINGAPURA, 20 APRIL: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) telah mengesahkan tambahan 1,426 kes jangkitan Covid-19, menjadikan peningkatan jumlah kes disahkan di pulau tersebut kepada 8,041.
SINGAPURA, 19 APRIL: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan 596 kes awal jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 6,588.
SINGAPURA, 19 APRIL: Tujuh rakyat Malaysia antara 942 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes di republik itu sebanyak 5,992.
SINGAPURA, 16 APRIL: Singapura merekodkan pertambahan 447 kes baharu Covid-19, peningkatan harian tertinggi dengan jumlah keseluruhan melonjak kepada 3,699 kes di republik ini.
SINGAPURA, 14 APRIL: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini melaporkan tambahan 334 kes baharu jangkitan COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 3,252.
ANKARA, 14 APRIL: Kes jangkitan Covid-19 global sudah melepasi 1.9 juta pada Isnin dengan angka korban mencecah 118,459 orang manakala pesakit yang sembuh seramai 446,002, lapor agensi berita Anadolu memetik Johns Hopkins University.
NEW YORK 12 APRIL: Korban Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi angka mengerikan 20,000 semalam apabila pandemik itu meragut sekurang-kurang 20,071 nyawa.
SINGAPURA, 12 APRIL: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura melaporkan 191 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,299 kes di republik itu.
SONGKHLA, 11 APRIL: Seramai 270 rakyat Malaysia masih terkandas di selatan Thailand berikutan penutupan pintu sempadannya dengan Malaysia pada 23 Mac untuk mengekang penularan wabak Covid-19.
GENEVA, 11 APRIL: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Jumaat memberi amaran, menarik balik kawalan pergerakan "terlalu awal" boleh mencetuskan penularan semula Covid-19 yang jauh lebih buruk, lapor agensi berita Xinhua.
BANGKOK, 11 APRIL: Menteri-Menteri Luar Asean telah bersetuju untuk mewujudkan Tabung Khas Asean Covid-19 bagi memerangi pandemik Covid-19 di rantau berkenaan.
BEIJING, 10 APRIL: Dunia kini umpama berada di medan peperangan untuk melawan Covid-19 yang semakin mengganas, virus maut itu sudah merebak ke lebih 200 negara dan wilayah, lapor agensi berita Xinhua.
JAKARTA, 10 APRIL: Perintah pembatasan sosial berskala besar (PSBB) di Kota Jakarta diperketatkan lagi bermula hari ini sehingga 23 April, bagi mengekang pandemik Covid-19.
SHAH ALAM, 9 APRIL: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru seluruh dunia untuk bersatu memerangi Covid-19 dan tidak mempolitikkan pandemik tersebut, kata ketua pengarahnya.
SINGAPURA, 8 APRIL: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan 106 kes jangkitan baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,481 kes di republik itu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.