AGENDA

Lebih 31,600 orang maut dalam gempa bumi di Turkiye

13 Feb 2023, 11:22 AM
Lebih 31,600 orang maut dalam gempa bumi di Turkiye

ANKARA, 13 FEB: Sekurang-kurangnya 31,643 orang terbunuh dalam tragedi gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Feb, lapor Agensi Anadolu.

Lebih 238,459 anggota kini berada di lapangan untuk menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR), menurut Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) dalam satu kenyataan.

Hampir 158,165 orang telah dipindahkan setakat ini.

Kementerian Luar Turki pada hari Isnin memaklumkan bahawa sejumlah 9,793 kakitangan asing dari 74 negara terlibat dalam misi SAR itu.

Sebanyak 155,379 khemah telah didirikan untuk menempatkan mangsa yang terselamat, menurut AFAD.

Selain itu, 170 helikopter, 76 pesawat dan 26 kapal turut dihantar ke lokasi terjejas bagi membantu misi SAR.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.