SINGAPURA, 20 JUN: Dua lelaki rakyat Singapura telah diberkas kerana disyaki menggunakan pesawat tanpa pemandu atau dron untuk menyeludup masuk dadah ke republik itu dari Malaysia, demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Biro Narkotik Pusat (CNB).
JAKARTA, 20 JUN: Kes positif Covid-19 di Indonesia terus mencatatkan pertambahan melebihi angka seribu dalam sehari sejak seminggu lepas, menjadikan jumlah kes keseluruhan kini 45,029.
GENEVA, 20 JUN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran mengenai fasa baharu dan berbahaya Covid-19 apabila orang ramai mula bosan dengan perintah berkurung dan kawalan pergerakan.
SINGAPURA, 18 JUN: Singapura hari ini mengesahkan pertambahan 257 kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lepas, dengan hanya empat kes dalam komuniti.
KUALA LUMPUR, 18 JUN: Bank Pembangunan Asia (ADB) menyemak turun jangkaan pertumbuhan terhadap rantau Asia kepada 0.1 peratus pada 2020 daripada 2.2 peratus diunjurkan pada April lepas.
HANOI, 18 JUN: Vietnam masih berjaya mengekalkan sifar kes baharu Covid-19 untuk tempoh 62 hari berturut-turut menjadikan jumlah jangkitan di negara ini kekal 335 tanpa kematian, menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan Covid-19.
JAKARTA, 17 JUN: Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 41,000 dengan angka kematian kini berjumlah 2,276 orang.
SINGAPURA, 17 JUN: Singapura mengesahkan tambahan 247 kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kini pada 41,216 kes.
SINGAPURA, 16 JUN: Singapura yang akan memasuki Fasa Kedua pembukaan semula mulai 19 Jun, telah mengesahkan 151 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas.
JAKARTA, 16 JUN: Kes positif Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 40,000 selain merekodkan 2,231 kematian.
RIYADH, 16 JUN: Jumlah korban akibat Covid-19 di Arab Saudi melebihi 1,000 kes semalam, manakala jumlah jangkitan meningkat kepada 132,048 kes.
NEW YORK, 16 JUN: Kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia kini melonjak kepada lapan juta pada Isnin, menurut data Johns Hopkins University.
SINGAPURA, 15 JUN: Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 214 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kini menjangkau 40,818 kes.
JAKARTA, 15 JUN: Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 39,000 dengan jumlah kematian sebanyak 2,198 orang.
KUALA LUMPUR, 15 JUN: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter berlaku di Halmahera, Indonesia, pada 12.15 tengah hari ini.
BANGKOK, 15 JUN: Thailand merancang untuk membuka pintu masuknya kepada 1,000 pelawat perubatan dan perniagaan dalam sehari dengan mewujudkan “travel bubble” atau “koridor perjalanan” dengan negara yang berjaya membendung pandemik Covid-19.
SINGAPURA, 14 JUN: Singapura yang merekodkan 347 kes baharu Covid-19 semalam, mencatatkan satu lagi kes kematian menjadikan jumlah korban keseluruhan kepada 26.
JAKARTA, 12 JUN: Jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 36,000 dengan jumlah kematian sebanyak 2,048 orang.
SINGAPURA, 12 JUN: Singapura melaporkan 463 lagi kes jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 39,850 kes di republik itu.
BANGKOK, 12 JUN: Thailand akan menarik balik perintah berkurung waktu malam di seluruh negara dari 10 malam hingga 4 pagi dan melonggarkan lagi larangan bagi membendung penularan Covid-19 pada minggu depan berikutan negara ini terus merekodkan sifar jangkitan tempatan bagi 18 hari berturut-turut.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.