ad
AGENDA

Dunia rekod suhu terpanas hari ini sejak 1979

6 Jul 2023, 2:12 AM
Dunia rekod suhu terpanas hari ini sejak 1979

LOS ANGELES, 6 JULAI: Minggu ini bakal menyaksikan suhu global paling panas pernah direkodkan, menurut data daripada Pusat Ramalan Alam Sekitar Kebangsaan (NCEP) Amerika Syarikat.

Menurut data NCEP, Selasa merupakan hari paling panas di bumi sejak 1979, dengan purata suhu global mencecah 62.92 darjah Fahrenheit (17.18 darjah Celsius), lapor Xinhua.

Pakar menjelaskan bahawa rekod haba itu didorong oleh beberapa faktor, termasuk pemanasan global, kembalinya corak El Niño dan permulaan musim panas di hemisfera utara.

Cuaca panas melampau terus melanda kawasan Selatan, Barat dan Barat Tengah Amerika Syarikat pada Rabu, menurut data daripada Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan AS.

Kira-kira 46.6 juta orang, iaitu sekitar 14 peratus daripada penduduk AS yang tinggal di kawasan berkenaan dijangka terjejas akibat cuaca panas, menurut laporan New York Times.

-BERNAMA-XINHUA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.