BEIRUT, 25 OGOS: Pakar ketenteraan Lubnan dan rakan mereka dari Perancis menemukan 79 bekas mengandungi bahan kimia berbahaya di Pelabuhan Beirut, lokasi berlakunya tragedi letupan maut awal bulan ini.
JAKARTA, 24 OGOS: Indonesia sedang membangunkan vaksin untuk Covid-19 yang dinamakan vaksin Merah Putih, yang dijangka dikeluarkan pada pertengahan tahun 2021.
ANKARA, 24 OGOS: Penghakiman terhadap pengganas yang bertanggungjawab melakukan serangan di masjid Christchurch, insiden berdarah paling menggemparkan di New Zealand, bermula Isnin, lapor Agensi Anadolu.
PARIS 23 OGOS: Angka kematian global akibat Covid-19 kini sudah melangkaui 800,000 mangsa dengan lebih 23 juta kes dilaporkan di 196 negara.
SINGAPURA, 22 OGOS: Sejumlah 50 kes baharu jangkitan Covid-19 telah dilaporkan di Singapura untuk tempoh 24 jam lepas dengan lima merupakan kes import, menjadikan jumlah keseluruhan di republik itu 56,266.
SINGAPURA, 22 OGOS: Singapura akan memendekkan Notis Duduk Di Rumah (SHN) daripada 14 hari kepada tujuh hari bagi pengunjung yang datang dari enam negara dan wilayah berisiko rendah Covid-19 termasuk Malaysia.
SINGAPURA, 20 OGOS: Sebanyak 68 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di Singapura dalam tempoh 24 jam dengan dua daripadanya kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 56,099.
BANGKOK, 20 OGOS: Sebelas individu yang mempunyai kontak rapat dengan seorang lelaki Malaysia yang diuji positif Covid-19 selepas pulang ke Kuala Lumpur dari Bangkok telah disahkan negatif virus itu.
GENEVA, 19 OGOS: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Selasa berkata dunia perlu mencegah vaksin nasionalisme untuk menjamin akses dan peruntukan yang adil terhadap vaksin Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.
NEW YORK, 19 OGOS: Kes Covid-19 di seluruh dunia kini sudah melebihi 22 juta pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua berdasarkan data Johns Hopkins University.
KUALA LUMPUR, 19 OGOS: Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 6.29 pagi ini.
JAKARTA, 18 OGOS: Kes positif Covid-19 di Indonesia yang berterusan meningkat telah mencapai kepada 143,043 kes hari ini, manakala 78,394 lagi pesakit masih dalam pemantauan.
KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Filem aksi persilatan, “Geran” terbitan Layar Pictures dan Tree of Hopes Productions dinobatkan sebagai penerima Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19 di atas kecemerlangannya dalam filem aksi.
BANGKOK, 18 OGOS: Thailand sedang menyiasat kes seorang rakyat Malaysia yang diuji positif Covid-19 selepas pulang ke Kuala Lumpur dari Bangkok.
JAKARTA, 17 OGOS: Kes positif Covid-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 141,370 kes, manakala 78,659 pesakit lagi masih dalam pemantauan virus itu.
MOSCOW, 17 OGOS: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, memutuskan untuk menangguhkan pilihan raya umum sehingga 17 Oktober, disebabkan wabak Covid-19, lapor agensi berita Sputnik.
JAKARTA, 15 OGOS: Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat dan kini berjumlah 137,468 kes dengan 76,327 pesakit masih dalam pemantauan virus itu.
SINGAPURA, 14 OGOS: Dalam usaha untuk mengaktifkan kembali statusnya sebagai hab udara dalam persekitaran pandemik Covid-19, Singapura mungkin akan mempertimbangkan untuk membenarkan pengembara udara dari beberapa negara atau rantau yang berjaya mengawal wabak itu, kata Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung.
BEIRUT, 14 OGOS: Angka kematian akibat letupan besar di Pelabuhan Beirut minggu lalu meningkat kepada 177 orang, lapor Agensi Anadolu, memetik Menteri Kesihatan Lubnan, Hassan Hamad pada Khamis.
JAKARTA, 13 OGOS: Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 132,816, manakala 76,515 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus itu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.