ad
AGENDA

Jordan, Mesir bincang usaha capai gencatan senjata di Gaza

27 Dis 2023, 8:47 AM
Jordan, Mesir bincang usaha capai gencatan senjata di Gaza

WASHINGTON, 27 DIS: Menteri Luar Jordan Ayman Safadi bertemu rakan sejawatannya dari Mesir, Sameh Shoukry pada Selasa untuk bertukar pendapat mengenai usaha mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Dalam pertemuan di Kaherah, ibu negara Mesir, kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai proses penyelarasan dan rundingan yang sedang berjalan antara kedua-dua negara untuk memastikan gencatan senjata dicapai, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar Jordan di X.

Mereka juga membincangkan cara untuk menyampaikan bantuan yang "mencukupi, segera dan berkekalan" kepada rakyat Palestin di Gaza.

Serangan Israel memusnahkan Gaza, dengan 60 peratus infrastruktur di wilayah itu rosak atau musnah dan hampir dua juta penduduk hilang tempat tinggal selain berdepan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

-BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.