GAZA, 17 FEB: Seramai 112 penduduk Palestin maut angkara kekejaman tentera penceroboh Israel manakala 157 lagi cedera dalam tempoh 24 jam di Semenanjung Gaza, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.
BANDARAYA GAZA, 16 FEB: Demi kelangsungan hidup, Abu Muhammad Hassan seorang warga emas Palestin terpaksa menghadapi kesukaran dan ancaman bahaya untuk mencari kayu api dari bawah runtuhan rumah yang musnah akibat serangan tentera peceroboh Israel di Semenanjung Gaza.
KOTA BHARU, 15 FEB: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dari 50 negara menerusi Pelan Bangun Semula Gaza Pascaperang.
BEIRUT, 14 FEB: Israel pada Rabu melancarkan serangan udara menggunakan dron dan pesawat perang ke beberapa kawasan di selatan Lubnan, lapor Xinhua memetik sumber tentera Lubnan.
SHAH ALAM, 11 FEB: Hayat Yolu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Istanbul, Turkiye, menganggarkan sekurang-kurangnya US$20 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza selepas perang.
ISTANBUL, 10 FEB: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengumumkan bahawa 52 negara, termasuk Turkiye dan tiga organisasi antarabangsa, akan membuat kenyataan masing-masing akan kesan undang-undang terhadap jenayah yang dilakukan oleh Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk al-Quds.
GAZA, 9 FEB: Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 27,947 orang, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah terkepung itu pada Jumaat.
JERUSALEM, 9 FEB: Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini pada Khamis memberi amaran bahawa sekurang-kurangnya 300,000 penduduk di utara Gaza berada di ambang kebuluran susulan pengepungan Israel yang berterusan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
AMMAN, 7 FEB: Seramai 123 wartawan Palestin telah terbunuh sejak Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza, menurut pejabat kerajaan di wilayah terkepung itu pada Selasa, lapor Agensi Berita Jordan (PETRA).
RAMALLAH, 6 FEB: Kementerian Pendidikan Palestin berkata 4,895 pelajar terbunuh manakala 8,514 yang lain cedera sejak Israel menceroboh Semenanjung Gaza dan Tebing Barat pada 7 Okt lepas.
ISTANBUL, 6 FEB: Setahun sudah berlalu sejak kejadian gempa bumi menggegarkan Turkiye hingga meragut ribuan nyawa dan menyebabkan ramai hilang tempat tinggal dalam sekelip mata.
HEBRON, 5 FEB: Warga Palestin di wilayah Tebing Barat khususnya Lembah Jordan dan Masafer Yatta di selatan Hebron, terus menjadi sasaran kacau ganggu peneroka haram Israel hampir setiap hari sejak selepas 7 Okt, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
ISTANBUL, 3 FEB: Mark Zuckerberg, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Meta Platforms pada Jumaat melonjak ke tempat keempat dalam senarai individu terkaya di dunia.
RAMALLAH, 3 FEB: Kementerian Luar Palestin pada Jumaat mengecam kenyataan Menteri Israel Bezalel Smotrich untuk membina 7,000 unit penempatan di Tebing Barat.
ISTANBUL, 3 FEB: Sekumpulan peguam di Algeria pada Sabtu memfailkan tuntutan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague terhadap pegawai-pegawai Israel yang terlibat dalam jenayah genosid ke atas rakyat Palestin.
ROM, 31 JAN: Kumpulan pertama seramai 11 kanak-kanak Palestin yang cedera tiba di sini dari Gaza diiringi anggota keluarga untuk menerima rawatan perubatan lanjut di hospital-hospital Itali, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
BRUSSELS, 29 JAN: Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli politik dan kepemimpinan tentera Israel jika mereka tidak mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
ANKARA, 28 JAN: Sekurang-kurangnya 165 rakyat Palestin terbunuh dan 290 lagi cedera dalam tempoh 24 jam terakhir ketika Israel meneruskan serangan di Semenanjung Gaza yang dikepung, kata Kementerian Kesihatan pada Ahad.
ANKARA, 26 JAN: Angka kematian di Semenanjung Gaza sejak serangan pada 7 Oktober lalu kini meningkat kepada 25,900 nyawa, manakala 64,110 lagi cedera, Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza pada Khamis.
THE HAGUE, 25 JAN: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengumumkan keputusannya pada Jumaat berhubung permintaan langkah sementara yang dikemukakan Afrika Selatan dalam kes genosid Israel, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.