BEIRUT, 15 OKT: Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di utara Lubnan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu, memetik Palang Merah Lubnan.
ISTANBUL, 15 OKT: Palestin pada Ahad menyambut baik seruan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez supaya menghentikan eksport senjata ke Israel di tengah serangan yang dilakukan ke atas Gaza dan Lubnan, lapor Agensi Anadolu.
ISTANBUL, 14 OKT: Rakyat Palestin mengalami "satu lagi malam ngeri" di Semenanjung Gaza berikutan dua serangan maut Israel di kawasan itu, lapor Agensi Anadolu, memetik Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Isnin.
NEW YORK, 14 OKT: Francesca Albanese, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai situasi hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, berkata bahawa tentera Israel kini melakukan siri pembunuhan beramai-ramai di Jabaliya, kawasan utara Semenanjung Gaza.
MOSCOW, 13 OKT: Tentera Israel menyerang sebuah penempatan bangunan di selatan Lubnan ketika kru ambulans sedang menjalankan tugas di lokasi itu, menurut Palang Merah Lubnan pada Ahad, sambil menambah bahawa empat pekerja perubatan cedera, lapor Sputnik.
ANKARA, 12 OKT: Ribuan rakyat Palestin terperangkap di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza susulan serangan berterusan Israel sejak enam hari lalu, kata Doctors Without Borders (MSF) semalam.
VIENTIANE, 11 OKT: Malaysia tegas dengan pendirian untuk tetap memberi penekanan terhadap keganasan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin dan menuntut keadilan buat mereka di pentas antarabangsa.
LONDON, 11 OKT: Program Makanan Sedunia (WFP) pada Khamis memberi amaran bahawa ancaman kebuluran masih berterusan di Gaza di tengah-tengah penderitaan rakyatnya.
SHAH ALAM, 10 OKT: Pengarang Korea Selatan Han Kang dinobat sebagai pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan hari ini sekali gus muncul individu pertama dari negara itu yang menerima penghormatan sedemikian, lapor portal Al Jazeera.
GAZA, 9 OKT: Pasukan pendudukan Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 45 rakyat Palestin terkorban manakala 130 yang lain cedera, menurut laporan perubatan.
BEIRUT, 7 OKT: Kumpulan Hizbullah dari Lubnan pada Isnin menyerang bandar Haifa di utara Israel dengan serangan roket besar-besaran, menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.
NEW YORK, 7 OKT: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata bahawa perang Israel ke atas Gaza sejak setahun lalu, terus memusnahkan kehidupan rakyat Palestin dan menyebabkan penderitaan kemanusiaan yang dahsyat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
DAMSYIK, 6 OKT :Tiga peluru berpandu Israel mengenai sebuah kilang kereta Iran di wilayah tengah Homs, Syria pada Ahad, lapor Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, menurut Xinhua.
ISTANBUL, 6 OKT: Palestin pada Ahad menyambut baik seruan Presiden Perancis Emmanuel Macron untuk menghentikan eksport senjata ke Israel di tengah-tengah serangan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza.
BEIRUT, 5 OKT: Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
TOKYO, 5 OKT: Beberapa syarikat Jepun kini menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengisi kekosongan peranan khidmat pelanggan, mempamerkan keupayaan menangani situasi lebih kompleks di tengah-tengah masalah kekurangan tenaga kerja di negara itu.
BEIJING, 4 OKT: Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
JAKARTA, 3 OKT: Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi, mengeluarkan 21 aliran lahar ke arah barat daya pada Khamis, menurut Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi, lapor Xinhua.
TAIPEI, 3 OKT: Sebanyak 211 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan dibatalkan berikutan Taufan Krathon dijangka melanda selatan Taiwan pada tengah hari Khamis, lapor Agensi Berita Central News Agency (CNA), memetik pihak berkuasa lapangan terbang.
DAMSYIK, 3 OKT: Hassan Jafar Qasir, menantu kepada pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah disahkan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah kediaman di kawasan Mazzeh Western Villas, Damsyik pada Rabu, lapor Xinhua.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.