SHAH ALAM, 29 MEI: Kerajaan Negeri mencadangkan pembinaan kolam takungan kecil di setiap anak sungai berhampiran lebuh raya baharu pada masa akan datang.
SHAH ALAM, 29 MEI: Seramai 2,000 peserta dijangka menyertai 'Selangor Martial Art Xtiv Virtual 2020-SMAXV20' pada 8 Jun hingga 31 Julai ini, kata EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan.
SHAH ALAM, 29 MEI: Sebanyak 798 kes denggi dicatatkan di Selangor dengan satu kematian bagi minggu epidemik ke-21 iaitu pada 17 hingga 23 Mei, kata EXCO kesihatan.
SHAH ALAM, 26 MEI: Pasar Agro Selangor yang menawarkan barangan segar pada harga terkawal selama dua hari sempena Aidilfitri mencatatkan nilai jualan RM560,000.
SHAH ALAM, 21 MEI: Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan kuih dan duit raya kepada kira-kira 200 bekas atlet dan atlet para negara yang kurang bernasib baik susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata EXCO sukan.
SHAH ALAM, 21 MEI: Pasar Agro Selangor (SAM) menawarkan jualan ayam dan daging segar di bawah harga kawalan bermula esok sehingga Sabtu sempena sambutan Aidilfitri, kata EXCO Industri Asas Tani.
SHAH ALAM, 21 MEI: Kerajaan Negeri sedang menunggu kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengadakan latihan persediaan atlet ke Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang dijadualkan pada Mac 2021 di Johor, kata EXCO sukan.
SHAH ALAM, 20 MEI: Kerajaan Negeri melancarkan program Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss IT) khusus untuk membantu 5,000 ibu tunggal negeri ini yang terjejas akibat Covid-19, kata EXCO Kebajikan.
SHAH ALAM, 19 MEI: Kerajaan Negeri sedang melaksanakan proses pemutihan lesen peniaga dan penjaja di luar bandar susulan terdapat aduan salah guna.
SHAH ALAM, 19 MEI: Operasi Pasar Agro Selangor diperluaskan ke empat lokasi terpilih menjelang sambutan Aidilfitri hujung minggu ini bagi membolehkan orang awam mendapatkan barangan segar terutama bekalan ayam dan daging pada harga berpatutan, kata EXCO pertanian.
SHAH ALAM, 17 MEI: Peniaga tidak seharusnya mengambil kesempatan menaikkan harga ayam sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata EXCO Hal Ehwal Pengguna.
TANJONG SEPAT, 16 MEI: Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM300,000 bagi membantu masyarakat Orang Asli di Selangor yang terkesan susulan penularan wabak Covid-19, kata EXCO hal ehwal pengguna.
SHAH ALAM, 15 MEI: Jualan makanan yang dipasarkan peniaga e-Bazar Ramadan menerusi saluran Grab Selangor mencecah RM564,855.24 setakat ini, kata EXCO usahawan.
SHAH ALAM, 15 MEI: Seramai 700 individu menyertai program Selangor XTIV Virtual Run 2020 anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan sejak pendaftaran dibuka 1 Mei.
SHAH ALAM, 15 MEI: Selangor akan bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Jabatan Tenaga Kerja bagi menangani isu anak muda yang hilang pekerjaan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata EXCO pembangunan generasi muda.
SHAH ALAM, 15 MEI: Kerajaan Negeri akan mengekalkan khidmat percuma Bas Smart Selangor walaupun Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengkaji cadangan menaikkan tambang pengangkutan awam negara ini.
SHAH ALAM, 14 MEI: Bagi membantu peniaga kecil menambah pendapatan, EXCO Selangor membuat tempahan makanan dan diagihkan kepada penduduk yang memerlukan terutama bagi mereka yang mahu berbuka puasa.
SHAH ALAM, 13 MEI: Aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) yang diperkenalkan minggu lalu merekodkan 1.039 juta pengunjung ke premis perniagaan sehingga 11 Mei.
SHAH ALAM, 13 MEI: EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha hari ini menyampaikan sumbangan biskut raya kepada Media Selangor sempena Aidilfitri.
SHAH ALAM, 13 MEI: Perkongsian nama dan nombor telefon bagi memasuki sesebuah premis sudah memadai bagi mengesan kontak jika berlaku kes positif Covid-19, kata EXCO kesihatan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.