EXCO

RM300,000 bantu Orang Asli terkesan Covid-19

16 Mei 2020, 8:56 AM
RM300,000 bantu Orang Asli terkesan Covid-19

TANJONG SEPAT, 16 MEI: Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM300,000 bagi membantu masyarakat Orang Asli di Selangor yang terkesan susulan penularan wabak Covid-19, kata EXCO hal ehwal pengguna.

Hee Loy Sian berkata sumbangan dalam bentuk barangan keperluan asas bernilai RM50 setiap satu itu diagihkan demi meringankan bebanan ditanggung mereka.

"Setakat ini bantuan diserahkan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli," katanya selepas penyampaian sumbangan Covid-19 di DUN Tanjung Sepat di sini hari ini.

Dalam majlis itu Loy Sian dan Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah menyerahkan bantuan kepada hampir 600 keluarga dari Kampung Orang Asli Tanjung Sepat dan Kampung Orang Asli Bukit Bangkong.

Beliau berkata selain barang makanan penduduk yang terjejas turut menerima sumbangan susu dan lampin pakai buang.

Kedua-dua kampung di DUN Tanjong Sepat itu merupakan antara penempatan Orang Asli terbesar di Selangor dari suku kaum Mahmeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.