PUTRAJAYA, 23 MEI: Proses penghantaran pulang penuntut yang masih berada di kampus akan dipercepatkan kepada 26 Mei membabitkan seramai 1,480 orang, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
SHAH ALAM, 23 MEI: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh waspada, kesederhanaan dan keinsafan susulan penularan Covid-19 ketika ini.
KUALA LUMPUR, 23 MEI: Orang ramai yang ghairah pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri dan berjaya melepasi sekatan jalan raya rentas negeri dengan menggunakan pelbagai helah tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.
SHAH ALAM, 20 MEI: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengambil langkah awal membendung penularan Covid-19 dengan membuat saringan terhadap 216 peniaga dan pekerja di Pasar Awam Kajang, kata pegawai perhubungan awamnya.
SHAH ALAM, 20 MEI: Pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mendapati peniaga pasar awam, pasar raya, kedai runcit dan farmasi mematuhi arahan kementerian supaya meletakkan tanda harga di setiap barang yang dijual.
SHAH ALAM, 20 MEI: Bil air tinggi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh berpunca daripada pelbagai faktor iaitu pelanggan menerima bil anggaran, berlaku kebocoran atau penggunaan air lebih tinggi ketika tempoh tersebut, kata ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
KUALA LUMPUR, 20 MEI: Percaya atau tidak, pengambilan hanya setin minuman keras yang mengandungi lima peratus alkohol masih mampu memberi kesan kepada kestabilan fikiran dan kewarasan individu ketika memandu.
SHAH ALAM, 20 MEI: Selangor merekodkan 15 kes baharu Covid-19 dengan lima membabitkan kes import daripada keseluruhan 31 kes di negara ini setakat jam 12 tengah hari tadi.
KUALA LUMPUR, 20 MEI: Pendakwaan mahupun pembelaan dalam perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan SRC International Sdn Bhd masing-masing telah mengemukakan jawapan kepada hujahan bertulis setebal hampir 1,000 muka surat.
SEPANG, 20 MEI: Polis memburu empat pekerja Indonesia termasuk seorang wanita yang melarikan diri dari rumah kongsi di Sepang selepas menjalani saringan Covid-19.
SHAH ALAM, 20 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) menjejaki kontak rapat seorang wanita yang disahkan positif Covid-19 ketika menjalani saringan di sebuah klinik kesihatan di Kelantan.
OLEH MUHAMAD FAIZ BAHARIN KUALA LUMPUR, 20 MEI: Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa 18 Mac lalu, banyak kisah tragik dikongsi media tentang hidup sengsara wanita bergelar isteri. Mereka ini menjadi mangsa keganasan rumah tangga angkara suami kaki pukul,...
SHAH ALAM, 20 MEI: Terdapat 31 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 7,009 manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,189, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 20 MEI: Kerajaan Negeri melancarkan program Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss IT) khusus untuk membantu 5,000 ibu tunggal negeri ini yang terjejas akibat Covid-19, kata EXCO Kebajikan.
PUTRAJAYA, 20 MEI: Kewujudan 'kluster raya' dapat dielakkan jika umat Islam mematuhi tatacara operasi piwai (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
SHAH ALAM, 20 MEI: Arahan bekerja dari rumah masih kekal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) walaupun hampir kesemua jabatan kerajaan kembali beroperasi, kata menteri kanan (kluster keselamatan).
SHAH ALAM, 20 MEI: Kerajaan membenarkan aktiviti penggambaran filem, drama dan iklan dilakukan selepas Aidilfitri pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tetapi terhad kepada 20 orang.
SHAH ALAM, 20 MEI: Semua individu yang pulang dari luar negara akan dikenakan caj kuarantin hotel bermula 1 Jun ini, kata menteri kanan (kluster keselamatan).
SHAH ALAM, 19 MEI: Inisiatif Kerajaan Negeri mewujudkan e-Dapur Selangor menerusi Platform Selangor (Plats) dan e-panggilan Grab merekodkan nilai jualan keseluruhan RM1.52 juta setakat ini, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 19 MEI: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberi sumbangan 11,000 bungkus juadah berbuka puasa kepada rumah perlindungan asnaf dan anak yatim di negeri ini sepanjang Ramadan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.