SHAH ALAM, 11 NOV: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual membentangkan belanjawan 2025 pada 15 November ini, jam 3 petang.
BATU PAHAT, 11 NOV: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6, Jalan Kangkar Baru Paloh, Yong Peng, kira-kira pukul 10.15 pagi semalam.
KUALA LUMPUR, 11 NOV: Status terkini Projek 1BestariNet dan perancangan pembangunan Pelabuhan Labuan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
KAHERAH, 11 NOV: Anak-anak muda Islam perlu diperlengkapkan dengan ilmu keagamaan, termasuk al-Quran, selain ilmu dalam bidang teknologi, supaya mereka dapat mengintegrasikan nilai-nilai Islam dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI).
SHAH ALAM, 11 NOV: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di empat lokasi, hari ini.
KUALA LUMPUR, 8 NOV: Kesemua enam anggota Batalion Malaysia (Malbatt) yang cedera susulan insiden letupan yang berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan semalam, kini selamat berada di Kem Marakah bersama anggota lain.
SHAH ALAM, 8 NOV: Projek pembinaan serta menaik taraf Jalan Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang di Selangor yang diumum menerusi Belanjawan 2025 dilihat sebagai pendekatan serampang dua mata yang mampu melonjakkan produktiviti industri berasaskan kargo dalam negara.
PUTRAJAYA, 8 NOV: Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil langkah proaktif dengan melakukan rondaan di kawasan sering berlaku (hotspot) bencana banjir dan tanah runtuh minimum lima kali seminggu sebagai persiapan menghadapi monsun timur laut (MTL).
PUTRAJAYA, 8 NOV: Bilangan penganggur pada bulan September 2024 terus menurun kepada 555,300 dengan kadar pengangguran 3.2 peratus, kata Statistik Tenaga Buruh September dan Suku Ketiga 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
SUBANG JAYA, 8 NOV: Pembentangan Belanjawan Negeri 2025 diharap dapat memberi tumpuan terhadap pembangunan institusi kekeluargaan, menurut EXCO pembangunan masyarakat.
KUALA SELANGOR, 8 NOV: Projek pembinaan rumah pam air di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang Pakej B di bawah inisiatif Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Selangor siap sepenuhnya dan akan beroperasi dalam masa terdekat.
SHAH ALAM, 8 NOV: Belanjawan negeri 2025 diharap menyediakan peruntukan khas untuk baik pulih fasiliti sukan khususnya sempena Selangor menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.
IPOH, 8 NOV: Ibu bapa kepada kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) boleh bertanyakan keberadaan anak mereka menerusi semakan dengan pihak polis, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
PUTRAJAYA, 8 NOV: Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
SUBANG JAYA, 8 NOV: Pentadbiran berhasrat meneliti pembangunan koperasi wanita di negeri ini, selaras dengan Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024-2026.
KUALA LUMPUR, 7 NOV: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan kononnya 1.2 juta pelancong rakyat China masuk ke Malaysia dan tidak keluar semula.
SHAH ALAM, 7 NOV: Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer memanfaat dana Projek Selangor Penyayang (PSP) bagi membaik pulih surau.
KUANTAN, 7 NOV: Seorang penganggur dihukum penjara enam bulan kerana gagal membayar denda RM15,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku memuat naik gambar jelik di media sosial membabitkan institusi Kesultanan Pahang pada April lepas.
SEREMBAN, 7 NOV: Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah swasta di sini maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolah itu, hari ini.
KAHERAH, 7 NOV: Tiga cabaran besar berlaku berturut-turut beberapa tahun lalu menyedarkan Selangor untuk merangka strategi mengukuhkan jaminan rantaian makanan di negeri itu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.