KUALA LANGAT, 3 FEB: Seramai 17 Orang Asli Pulau Carey berkhatan beramai-ramai menerusi Program Sunathon di Surau Ar Rahman Kampung Orang Asli Kepau Laut di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 3 FEB: Kerajaan bercadang melaksanakan kadar caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus kepada pekerja asing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM, 3 FEB: Dato’ Menteri Besar sudah menerima laporan bertulis berhubung insiden pelampung gelongsor air kaca jatuh di taman tema Seksyen 7, dekat sini.
KUALA LUMPUR, 2 FEB: Aliran trafik di lebuh raya utama negara menuju ke Lembah Klang masih perlahan susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.
TONGOD, 2 FEB: Sejumlah 14 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada empat kampung yang terjejas banjir telah dipindahkan oleh Agensi Pertahanan Awam (APM) ke asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tongod hari ini.
BUKIT MERTAJAM, 2 FEB: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan saman terhadap 14 ekspres dan bas persiaran kerana kesalahan tiada pemandu kedua bagi pemanduan melebihi 300 kilometer atau melebihi empat jam berterusan, dalam operasi khas di Plaza Tol Juru malam tadi.
SHAH ALAM, 2 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali bakal menganjur 12 siri lawatan ke lokasi menarik sepanjang tahun ini bagi mendedahkan penduduk dengan dunia luar.
KUALA LUMPUR, 2 FEB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa selebriti dan artis tempatan dikenal pasti mempromosikan perkhidmatan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky untuk memberikan keterangan tidak lama lagi.
SHAH ALAM, 2 FEB: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memantau rapi kualiti air Sungai Bernam di Kampung Serigala, Behrang susulan sebuah lori terbabas ke dalam sungai tersebut.
KLANG, 2 FEB: Rumah terbuka anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baru Klang di sini hari ini mengeratkan lagi perpaduan antara pemimpin dan rakyat berbilang bangsa.
SHAH ALAM, 2 FEB: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di lima lokasi, esok.
BALING, 2 FEB: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan khianat dengan membakar lima motosikal antara Disember 2024 hingga Januari lepas.
SHAH ALAM, 2 FEB: Selangor Future Cup bakal menjadi medan pencarian bakat baharu dalam kalangan pelajar sekolah menengah bagi memperkukuh industri e-sukan.
BUTTERWORTH, 2 FEB: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini dalam kejadian langgar lari, Khamis lepas.
MOSCOW, 31 JAN: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas negara BRICS sekiranya blok itu mencipta mata wang baharu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
SHAH ALAM, 31 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat dan Sepang hingga 11 malam.
KUALA LUMPUR, 31 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada keluarga Nik Faizu di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang yang tinggal di sebuah rumah yang sudah teruk dimamah zaman.
SHAH ALAM, 31 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan lapan notis arahan terhadap taman tema di Seksyen 7 di sini, sejak 14 November lalu susulan meneruskan operasi permainan gelongsor air kaca.
SHAH ALAM, 31 JAN: Polis mengesahkan seorang pengunjung cedera selepas sebuah pelampung permainan gelongsor air kaca di sebuah taman tema di Seksyen 7 di sini, dipercayai terjatuh dan menimpa seorang pengunjung kira-kira pukul 11 malam pada 29 Jan lepas.
SEREMBAN, 31 JAN: Seorang wanita dan kekasihnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang bayi perempuan di sebuah rumah di Teluk Kemang, Port Dickson pada 21 Jan lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.