ad
BERITA UTAMA

Dasar Selangor menyeluruh, bantuan adil untuk semua kaum

3 Feb 2025, 12:30 PM
Dasar Selangor menyeluruh, bantuan adil untuk semua kaum
Dasar Selangor menyeluruh, bantuan adil untuk semua kaum
Dasar Selangor menyeluruh, bantuan adil untuk semua kaum
Dasar Selangor menyeluruh, bantuan adil untuk semua kaum

SHAH ALAM, 3 FEB: Dasar dan polisi yang dilaksanakan di negeri ini merangkumi keperluan semua sekali gus mampu mengukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Pengerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor berkata hampir semua inisiatif Iltizam Selangor Penyayang menjurus kepada bantuan kebajikan kepada semua masyarakat tanpa meminggir mana-mana kaum.

[caption id="attachment_605744" align="alignleft" width="344"] Pengerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor Izuan Kasim[/caption]

“Dasar negeri yang memainkan peranan penting dalam mengukuhkan perpaduan kaum. Contohnya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), bukan untuk Melayu atau Cina atau India tetapi kepada mana-mana yang layak.

“Begitu juga dengan baucar Jom Shopping Perayaan. Setiap kali perayaan, kita berikan. Program Tuisyen Rakyat Selangor juga tidak memilih pelajar. Kita beri kepada semua pelajar,” kata Izuan Kasim kepada Selangorkini.

Ahli Dewan Negeri Kota Damansara itu berkata sejak dahulu, Selangor menjadi pilihan orang luar untuk bermastautin disebabkan kedudukan startegik serta peluang ekonomi yang luas.

[caption id="attachment_670925" align="alignright" width="345"] Setiusaha DAP Selangor Tony Leong Tuck Chee[/caption]

Berikutan itu beliau berkata pentadbiran akan sentiasa menitikberatkan keperluan dan kebajikan demi memastikan kesejahteraan rakyat kerana ia turut mempengaruhi perpaduan serta kesefahaman.

Sementara itu, penolong Setiusaha DAP Selangor itu menambah pentadbiran negeri ini mengamalkan sikap terbuka dan sentiasa mendengar permintaan serta luahan rakyat.

Jelas Tony Leong Tuck Chee, pendekatan itu dapat mengeratkan hubungan dengan rakyat dan menepis sentimen serta unsur-unsur perkauman.

[caption id="attachment_599521" align="alignleft" width="350"] Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Abbas Azmi[/caption]

“Kita tidak pilih kasih dan beri apa rakyat hendak. Kita dengar permintaan mereka dan kalau ada peruntukan, kita beri. Contohnya bantuan untuk sekolah jenis kebangsaan, persendirian dan agama Islam.

“Kalau ada keperluan dan mampu, memang kita akan bantu. Usaha ini perlu diteruskan pada masa depan untuk kepentingan bersama,” katanya.

Manakala pengarah komunikasi Parti Amanah Negara berkata semua agama boleh menjadikan rumah ibadah masing-masing sebagai langkah memperkukuh perpaduan.

“Yang pertama kita kena menjaga kepentingan semua agama dan bangsa. Bermula dari rumah ibadah. Selangor miliki masjid yang meriah dengan pelbagai program, dengan selawat perdananya. Ini antara pendekatan untuk umat Islam bersatu padu,

“Rumah ibadah bukan Islam juga perlu dijaga dengan baik. Jangan ada isu perobohan sesuka hati. Kena ikut ketetapan. Ini perlu supaya semua masyarakat saling menghormati antara satu sama lain,” kata Abbas Azmi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.