KUALA LUMPUR, 3 DIS: Jumlah perbelanjaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani pandemik Covid-19 sejak 18 Mac hingga 31 Okt lepas, antara perkara yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
ISKANDAR PUTERI, 2 DIS: Seramai 111 anggota dan pegawai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri diarahkan menjalani kuarantin bermula 30 Nov di rumah masing-masing, susulan salah seorang pegawai didapati positif Covid-19.
KLANG, 2 DIS: Penduduk Meru yang menjalani Saringan Covid-19 Bersasar secara percuma boleh menyemak keputusan melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) seawal jam 8 malam ini.
PUTRAJAYA, 2 DIS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyelesaikan pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM4.006 bilion yang melibatkan 27,426 syarikat dan 40,280 tuntutan dalam tempoh antara 22 Jun dan 30 Nov lepas.
KUALA LUMPUR, 2 DIS: Sekatan kemasukan rakyat asing ke Malaysia dibuat berdasarkan jadual pemarkahan matriks risiko yang mampu memberikan gambaran jelas mengenai risiko kes import Covid-19 ke negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
SHAH ALAM, 2 DIS: Kerajaan Negeri melaksanakan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) sebagai langkah jangka pendek bagi mengatasi pencemaran sumber air.
Oleh Aisha Hani Nor Azmir dan Maizatul Jamny Muhammad Rosli KUALA LUMPUR, 2 DIS: Ramai tidak menyedari pesakit strok mempunyai masa kira-kira empat hingga enam jam untuk segera mendapatkan rawatan - bergantung kepada jenis strok - dari tempoh munculnya simptom. Institut Metrik dan Penilaian...
SHAH ALAM, 30 NOV: Klang kekal sebagai daerah merekodkan jangkitan Covid-19 tertinggi negeri ini dengan 228 kes, menurut Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).
SHAH ALAM, 30 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan penilaian risiko sebelum memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negara ini dilanjut atau sebaliknya.
KUALA LUMPUR, 30 NOV: Seorang suspek lelaki warga Nigeria yang dipercayai mencampakkan cucu lelaki tirinya dari tingkat tiga sebuah apartmen di Danau Kota, Setapak semalam, dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.
PUTRAJAYA, 30 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka menerima laporan pertama kajian klinikal fasa ketiga vaksin Covid-19 minggu depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
SHAH ALAM, 30 NOV: Dua daripada tiga kluster Covid-19 yang dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melibatkan Selangor selain Kuala Lumpur.
SHAH ALAM, 30 NOV: Saringan Covid-19 terhadap semua pekerja kilang warga asing akan dijalankan bermula esok, kata menteri kanan (keselamatan).
SHAH ALAM, 30 NOV: Kerajaan Selangor akan melaksanakan saringan Covid-19 secara bersasar ke atas komuniti sekitar Meru, Klang pada 2 Disember ini.
SHAH ALAM, 30 NOV: Selangor mencatatkan pertambahan jangkitan Covid-19 hari ini iaitu 402 kes dengan 398 melibatkan penularan tempatan dan selebihnya jangkitan import.
SHAH ALAM, 30 NOV: Kes pulih Covid-19 meningkat hari ini kepada 2,112 orang menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 54,759, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 30 NOV: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja Top Glove, Klang yang dijadual berakhir hari ini dilanjutkan 14 hari lagi, kata menteri kanan (keselamatan).
KOTA BHARU, 30 NOV: Gara-gara ‘berasak-asak’ di kedai emas tanpa mengendahkan tatacara operasi piawai (SOP) yang perlu dipatuhi, polis Kelantan mengeluarkan 23 kompaun kepada pemilik dan pelanggan premis berkenaan semalam.
SHAH ALAM, 30 NOV: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan 287 kompaun bagi kesalahan membuang sampah secara haram di kawasan pentadbirannya sepanjang tahun ini.
KUALA LUMPUR, 30 NOV: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi undi belah bahagian.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.