SHAH ALAM, 10 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menyeru rakyat tidak melakukan amalan kunjung-mengunjung pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
SHAH ALAM, 10 MEI: Kes baharu Covid-19 di Selangor kekal mencatatkan empat angka iaitu 1,149 menurun berbanding 1,278 yang dicatatkan semalam.
SHAH ALAM, 10 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri berkenan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Tan Sri Low Yow Chuan.
SHAH ALAM, 10 MEI: Putrajaya memutuskan untuk melarang ziarah rumah ke rumah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri susulan trend kes harian Covid-19 yang semakin meningkat.
KUALA LUMPUR, 10 MEI: Malaysia terus merekodkan kes Covid-19 harian melebihi angka 3,000, dengan sejumlah 3,807 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes kumulatif Covid-19 di dalam negara kini 444,484 kes.
KUALA LUMPUR, 10 MEI: Sambutan Syawal buat atlet boling tenpin negara pastinya berlainan kali ini apabila mereka terpaksa meraikannya secara berasingan selepas tiga daripada atlet disahkan positif Covid-19.
PUTRAJAYA, 10 MEI: Majikan yang tidak membenarkan kakitangan menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu keputusan ujian Covid-19 boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
HULU LANGAT, 10 MEI: Program Saringan Komuniti secara percuma anjuran Kerajaan Negeri bertujuan mengekang perebakan Covid-19 sempena Syawal, kata Pengurus Klinik Selcare.
SHAH ALAM, 10 MEI: Prihatin terhadap nasib seorang lelaki yang menjadikan keretanya sebagai tempat berteduh, Lembaga Zakat Selangor (LZS) tampil menghulurkan bantuan.
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Atlet negara yang dalam persiapan untuk bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo dan Sukan SEA Hanoi akan menyambut Aidilfitri tahun ini di dalam kem latihan dan tidak dibenarkan keluar, kata Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin.
SHAH ALAM, 9 MEI: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan berlaku perubahan lokasi, nombor telefon dan waktu operasi di beberapa Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Polis meningkatkan penguatkuasaan dan kawalan di sempadan negeri dan daerah serta kawasan tumpuan awam bagi memastikan orang ramai mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Covid-19 dan tidak melakukan perjalanan rentas negeri atau daerah.
KAJANG, 9 MEI: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mengumpul maklumat individu yang menjadi mangsa banjir kilat di kawasan itu pada Rabu lalu.
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Jumlah kes baharu Covid-19 di Malaysia dalam tempoh 24 jam menunjukkan penurunan apabila mencatat 3,733 kes selepas dua hari merekodkan kes positif harian lebih 4,000, namun terdapat 26 kes kematian dilaporkan hari ini, iaitu jumlah tertinggi setakat ini.
SHAH ALAM, 9 MEI: Polis menafikan video tular memaparkan orang ramai berpusu-pusu tanpa mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) untuk membeli-belah berlaku di GM Klang atau Kompleks PKNS Shah Alam.
BANGI, 9 MEI: Masyarakat seharusnya mengambil peluang melakukan saringan Covid-19 secara percuma anjuran Kerajaan Negeri, kata EXCO kesihatan awam.
SHAH ALAM, 9 MEI: Kes baharu Covid-19 di Selangor menurun hari ini namun kekal empat angka dengan 1,278 kes berbanding 1,722 yang dicatatkan semalam.
SHAH ALAM, 9 MEI: Dato' Menteri Besar memaklumkan video tular mengenai dakwaan suasana terkini di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati adalah tidak benar.
BANGI, 9 MEI: Hampir 3,000 individu membuat prapendaftaran saringan percuma Covid-19 menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) hari ini.
KUALA LUMPUR, 9 MEI: Kajian oleh LinkedIn mengenal pasti 15 syarikat utama di Malaysia terus mengambil pekerja baharu walaupun berlaku pandemik yang menjejaskan aktiviti perniagaan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.