SHAH ALAM, 14 JULAI: Sebanyak 4,350 set makanan diedar kepada petugas barisan hadapan di beberapa pusat pemberian vaksin (PPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) hari ini.
KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Harga runcit petrol RON97 naik tiga sen kepada RM2.73 seliter berbanding RM2.70 sebelum ini manakala harga RON95 dan diesel tidak berubah bermula tengah malam ini hingga 28 Julai ini.
SHAH ALAM, 14 JULAI: Pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam dibuka semula hari ini selepas ditutup semalam berikutan 204 kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan petugasnya.
SHAH ALAM, 14 JULAI: Jangkitan Covid-19 terus meningkat kepada 11,618 kes hari ini berbanding 11,079 kes semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 14 JULAI: Waris atau keluarga mangsa Covid-19 diminta segera memohon bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 yang dibuka sehingga 12 Ogos ini.
SHAH ALAM, 14 JULAI: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial mengatakan Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu "dikosongkan" kerana menerima lawatan daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
KUALA LUMPUR, 13 JULAI: Bagi penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas ketika ini, mendapat ‘jemputan’ MySejahtera untuk diberi vaksin Covid-19 mungkin menjadi antara berita paling mengujakan.
PENDANG, 13 JULAI: Aduan membabitkan majikan tidak membenarkan pekerja bekerja dari rumah (BDR), merekodkan hampir 50 peratus aduan yang diterima Kementerian Sumber Manusia menerusi aplikasi ‘Working for Workers’, sejak 1 Feb hingga Ahad lepas.
KLANG, 13 JULAI: Sebanyak dua juta dos vaksin Covid-19 yang dijangka tiba hujung bulan ini akan diagihkan ke kawasan Lembah Klang meliputi Selangor dan Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan untuk mula digunakan pada awal Ogos nanti.
SHAH ALAM, 13 JULAI: Jangkitan Covid-19 melonjak kepada 11,079 kes hari ini, tertinggi direkodkan sejak pandemik, menurut ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 13 JULAI: Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersetuju mengurangkan yuran konvokesyen bagi sesi - 93, 94 dan 95 sebanyak RM40 yang dikenakan kepada para graduan bagi semua peringkat pengajian ijazah dan diploma.
SHAH ALAM, 13 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima hampir 5,000 permohonan bantuan sekali bayar RM500 menerusi program Zakat Selangor Peduli (ZSP) setakat kelmarin.
PETALING JAYA, 13 JULAI: Penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mentari Court PJS 8 yang awal sehari dari jadual asal disambut penuh meriah tengah malam ini.
PETALING JAYA, 13 JULAI: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mentari Court, PJS 8 dekat sini tamat secara rasmi malam ini.
KUALA LUMPUR, 12 JULAI: Siasatan awal mendapati dakwaan mengatakan terdapat suntikan vaksin Covid-19 yang diberikan telah melepasi tarikh luput adalah tidak benar, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.
SHAH ALAM, 12 JULAI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandamaran bersetuju membuka semula permohonan program Vaksin Selangor (Selvax) untuk penduduk di kawasan itu bermula 19 hingga 23 Julai ini.
SHAH ALAM, 12 JULAI: Sebanyak 46 daripada 102 kes kematian akibat Covid-19 hari ini dilaporkan di Selangor, kata ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 12 JULAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan usul Ordinan Darurat serta situasi pandemik Covid-19 dibahaskan semasa sidang Parlimen yang dijadual berlangsung mulai 26 Julai ini.
SHAH ALAM, 12 JULAI: Permohonan program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) dibuka mulai hari ini hingga 12 Ogos, kata EXCO pembangunan usahawan.
SHAH ALAM, 12 JULAI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tiga lagi kluster baharu di Selangor dengan dua merupakan jangkitan tempat kerja.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.